Friday, August 28, 2009

Permulaan yang baik...pengakhiran yg baik

Al hamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih lagi menghidupkan abi dalam universiti Ramadhan ini. Buat julung-julung kalinya abi bermastautin di bumi Miri ini, inilah kali pertama abi memulakan safari ramadhan bersama beberapa orang sahabat Amalian ke masjid-masjid sekitar Miri.

Apa yang pasti, abi terkesima apabila mengunjungi sebuah masjid yang berdekatan dengan rumah abi, penduduk kampung di situ begitu ghairah dalam melakukan amal ibadat sekali. Apabila sampai di masjid untuk parking kereta, kereta tak dapat di parking lagi. Semua telah penuh. Macam solat jumaat. Itulah Masjid Darul Istiqamah.

Safari kami seterusnya pun sama juga ke sebuah masjid di Permyjaya, Masjid Ar Rayyan. Parkir hampir tiada. maklumlah abi tiba dah lewat. Para jemaah membanjiri masjid hingga terpaksa dibuat saf baru di kawasan kaki lima masjid. Walaupun begitu abi tak dapat bertahan lama sangat untuk khusyuk dalam solat kerana gigitan nyamuk berbisa yang menusuk hingga ke tulang keting! Di situlah Tabung Saudara baru kita mula dilancarkan dengan rasmuinya oleh pengerusi YAM Akhi Muhtar Suhaili.

Seterusnya kami pergi ke Masjid Taman Tunku (lupa nama masjid). Berterawih dan bermoreh bersama penduduk di situ. Di sini ada sedikit kelainan dalam berselawat atas nabi. Tidak seperti kebanyakan masjid lain. Mereka memilih solawat yang panjang. " Allahumma solli wa sallim wa baarik 'alaih". Solawat sebegini jarang diamalkan oleh orang-orang di semenanjung. Walaubagaimanapun solawat begini tak salah!

Safari kami diteruskan lagi dengan berterawih di Masjid Nurul Ibadah, Kuala Baram. Sesampainya kami di sana (abi berdua sahaja) kami disambut dengan mesra sekali oleh penduduk di situ dan bersungkei (berbuka puasa) sama-sama. Kami dihidangkan nasi goreng dan mee goreng bersama dengan kuih muih yang banyak hasil daripada penderma-penderma. Di sini abi lihat pada papan kenyataannya bermula pada hari pertama puasa hinggalah ke malam 28 nya penuh dengan nama-nama penderma. Tapi yang musykilnya kenapa tiada malam 29 ?tiada pendermakah ? Dalam hati abi ....sibuk buat kuih raya kot :) Beberapa persoalan yang masih belum terungkai lagi apabila kami solat di sini, iaitulah kami tak dapat nak ikut rentak solawat jemaah di situ. Tidak jelas dan tak tau apa benda yang disolawatnya. Abi cuba juga bertanya pada sahabat yang lain, mereka pun tak tahu juga. Tapi yang abi respeknya, mereka ni solat terawih sebanyak 20 rekaat. Tiada yang buat sampai 8 rekaat. maintainnnnnn. Kami je yang tak mantain!


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.