Friday, September 25, 2009

Open house dan raya

Ummi Wildan dok masak kat dapur sambil memberikan satu posing dan senyuman menarik. Memasak untuk tetamu (adik - Zul n isteri) dan tetamu2 yang sms nak hadir ke umah utk beraya.

Abi ngan ummi dok sembang2 ttg open house raya? Perlu ke ada satu hari utk open house? Bagi kami bila disebut raya tu, sepanjang Syawal kita digalakkan untuk ziarah menziarahi sanak saudara dan kawan2. Pernah satu tika bila abi bertandang ke rumah seorang kawan....abi tanya dia " kenapa tak datang umah ?" Dia jawab " takdak ajakan dan takdak open house "...

Spontan abi balas " datanglah bila2 masa pun, kami terima je tetamu, cuma kalau nak datang tu tepon @ sms dulu, takut kami tiada di rumah, pintu rumah kami selalu terbuka..."


Itulah tanggapan masyarakat Islam hari ini. Hendak menziarahi bila ada ajakan atau pelawaan.


Dalam Islam ada ke open house ? Setahu abi yang dhaif ni memang tiada. nabi tak had masa untuk ziarah menziarahi. Tak perlulah menyusahkan diri untuk memasak makanan yang enak2. Masyarakat kita hari ni lebih kepada nak menunjukkan makanan yg lazat dan enak utk tatamu yg hadir spt nasi berani, sate, nasi minyak dll sampai jam 1-2 pagi tak tidur lagi...ini membebankan namanya. Tak salah nak buat tapi biarlah berpada-pada.

Abe Mat ( pensyarah IKBN ) dan keluarganya

mandi kolam

Inilah kolam pengerat silaturrahim mereka berdua adik beradik. Kolam besar yang dibeli dengan harga RM70 dah rosak. Kini besen baju ummi jadi sasaran mereka.

murah rezeki

Alhamdulillah. Rezeki kami murah di bulan Ramadhan dan Syawal. Di samping menerima hidangan juadah berbuka daripada jiran (seminggu 3 - 4 kali) kami juga menerima rezeki daripada Allah SWT berbentuk sayur-sayuran.

Pokok tomato yang ditanam di bulan Rejab dah mula berbuah di bulan Ramadhan dan Syawal dan sudah dapat dipetik.

Begitu juga dengan pokok lada/cili dah mula menampakkan hasil...alhamdulillah

Wednesday, September 23, 2009

Raya di Jordan

Ini adalah gambar kenangan semasa abi menuntut di Jordan tika dahulu. Gambar ini diambil semasa masih menuntut di tahun satu di Univ. Al Al Bayt, Jordan. Hari raya pertama di perantauan. Baju hijau tu adalah hasil reka cipta pak arab.

Bersama kawan-kawan selepas menunaikan solat hari raya. Jumlah pelajar M'sia pada masa tu hampir 100 orang lebih. Kiranya tak sunyilah...

Tuesday, September 22, 2009

Merah Jambu

Tahun ni kami sepakat anak beranak pilih warna merah jambu. Tahun lepas warna hijau. Tahun lepas sebelum tu warna "peper". Tahun depan tak tau lagi...

Sikit maklumat daripada Dr HM Tuah, katanya warna ping ni adalah menunjukkan semangat. kalau nak terjemahkan pada hari ini mengikut kamus Dr. Muzaha - semangat untuk berhari raya !

Apa-apa pun janganlah pilih warna yang muram seperti hitam, kelabu taik anjing, koko kerana ia lebih kepada kesedihan dan tiada semangat.

Saturday, September 19, 2009

Salam Eidul Fitri 1430 H/2009

gambar yang diambil pada Aidilfitri 2007

Buat sahabat handai semua...

abi secara terang-terangan dan terbuka ingin memohon maaf seandainya ada salah silap semasa kita bersama@ bersahabat @ berseloroh....maklumlah takut ada yang terasa di hati. Bagi abi ,,,abi dah maafkan kepada mereka yang ada buat salah pada abi. Usah dipendam perasaan di hati, kelak hati akan mati.....

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri

Maaf zahir dan batin..."kullu 'am wa antum bikhair"

sumbangan Eidulfitri

Kami susuri denai-denai untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik

kami lalui rumah-rumah setinggan yang tidak dipedulikan oleh 'Yang Berkenaan'

kami lawati warga tua yang uzur dan tak bermaya

kami sumbangkan makanan kepada balu-balu...

Kami bantu golongan yang tidak berupaya

kami bantu dan ringankan beban golongan muda

Dan...kami hebahkan syiar kami membantu mangsa melalui Akhbar Sin Chew Daily

Moga amalan kami diterima Allah di bulan yang barakah ini.

sawang

Hampir seminggu tak menulis dalam blog ni. Dah nak bersawang. Maklumlah kerja melambak-lambak datang. Selesai habiskan satu kerja datang lagi kerja lain. Nak buat balik ke rumah pun memang tak larat dah sebab waktu malam dikhususkan utk terawih dan anak-anak.

Memang dah sifat KPM dan kuncu-kuncunya bila datang je surat, suruh selesaikan dengan segera. (mula dah nak merepek ni....)surat datang hari ni, esok suruh hantar....Part ni yang abi tak suka. Ingat kita ni robot ke...Macam takde kerja lain nak buat...Maaflah merepek sikit di bulan puasa ni. Nak luahkan apa yang terbuku di hati. Kalau tak diluahkan takut diserang strok @ jantung pulak!
Sesiapa yang baca ni dan nak marah abi mintak maaf bebanyak...Ni coretan peribadi abi...

Nak tengok blog pun dah rasa muak dan mual sebab kerja banyak. Tak buat kang, kita yang kena pulak. Kerja bawah orang macam tulah. Lebih baik tanam jagung dan lada kat umah.

Thursday, September 10, 2009

Selipar Jepun

Tak der citer lain nak melainkan citer selipar juga. Boring juga asyik -asyik citer selipar. Tapi kali ni abi nak bagitau korang semua.....selesai abi solat jumaat di Masjid SMKAM, abi pun lepak-lepaklah kat situ kejap bersama member....sembang ilmiah...

Tiba waktu nak balik tu terkejut biawak sebab selipar jepun abi tiada dan dikebas oleh manusia tak berhati perut. Entah puasa ko tidak manusia tu...Abi rasakan manusia camtu memang tak menjaga pantang larang puasa....Mencuri biasa dibuat apatah lagi benda lain...

Tapi tak lain dan tak bukan ....denyut hati abi mengatakan itu adalah angkara budak sains sendiri. Mungkin depa ni pergi berkaki ayam dan balik memakai selipar curi...wallahu'alam!

Yang pentingnya, di bulan puasa kita akan diuji dengan bermacam-macam ujian dan dugaan. Terpulang kepada kita bagaimana cara untuk menanganinya. Kalau kita bersabar dengan cabaran dan dugaan maka besarlah pahala kita di sisiNya.

** dalam hati abi berbisik " aku baru diuji dengan ujian kehilangan selipar jepun. Itu baru ujian kecil. Banyak lagi orang diuji dengan ujian yg besar2 spt kehilangan anak, isteri, rumah dan lain-lain lagi.

'Ala kulli hal ....alhamdulillah.

Wednesday, September 9, 2009

Selipar power

gambar hiasan

Minggu lepas, abi bersolat terawih bersama para pelajar di surau. Nak dijadikan cerita pada kali ni, selipar abi dikebas oleh pelajar yang entah tak tau apa namanya. Selipar jenama power. Taklah mahal. Kedai Bata je beli tu. So, balik lah abi berkaki ayam...... :(
Kalau abi nak cari gaduh ngan budak tu,,,,mahu abi kumpulkan seluruh pelajar Islam dan check sorang demi sorang. Gerenti jumpa (kalau ikut pengalaman lepas). Setakat ni, dah 3 kali selipar abi cuba dikebas oleh pelajar tapi berjaya diberkas oleh abi sendiri!

Nak ceritanya....pelajar kita ni sanggup bedal@kebas selipar tak kira siapa punya. Seingat abi baru je malam kelmarin abi bagi tazkirah pada pelajar. Siapa kata syaitan takde di bulan puasa ni. Syaitan tetap ada di bulan ni, cuma ianya kurang berkuasa atau kurang mempengaruhi hamba-hambanya yang taat kpd Allah di bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Itulah yang dimaksudkan dalam hadis nabi "......syaitan akan dirantai@diikat kakinya...."

wallahu 'alam..sekadar curahan rasa...

Sunday, September 6, 2009

Air mata Rasulullah saw


pemandangan dalam ka'abah
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya... Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'



Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Saturday, September 5, 2009

Ceramah Ust Wan Shohor Bani b. Leman

Akhi Muhtar menyampaikan cek kepada pengurus Tabung Baitulmal caw. Miri

PPG Miri turut menyumbang kepada Badan Kebajikan Anak Yatim Miri

Al Ustaz adalah merupakan seorang pensyarah di UIAM

Malam tadi abi bersama Wildan menghadiri satu ceramah dalam program "Semarak Wahyu" yang disampaikan oleh Ust Wan Shohor di Masjid At Taqwa. Ceramah bermula selepas habis solat terawih 8 rekaat dan witirnya. Banyak input menarik yg telah disampaika oleh al ustaz dalam masa 1 jam setengah. Rasanya tak sedar masa berlalu kerana asyik dengar ustaz berceramah walaupun dalam nada yang selamba dan mendatar. Bak kata orang Kelate macam dok "baghi"-bercerita.

Saper -saper yang tak pergi memang rugi....itu yg dapat abi katakan kerana banyak diceritakan benda-benda yg kita tak tau! Turut disampaikan juga ialah penyampaian cek kpd Tabung Baitulmal cawangan Miri oleh pengerusi Yayasan Amal Miri,akhi Muhtar Suhaili.

Thursday, September 3, 2009

kurang selera

gambar hiasan

Ramadhan dah hampir separuh meninggalkan kita. Sering kita dengar daripada kawan-kawan kita yang mana selera makannya dah berkurangan. Nak bersahur pun dah tiada selera lagi. Kekadang tu terpaksa bersahur larut malam takut waktu diniharinya kurang berselera...

Tapi sedarkah kita...bahawa tiada selera makan tak semestinya kita tiada selera untuk beribadat kepada Allah di bulan ini...Sesungguhnya Allah tak jemu untuk mencatit amalan hambanya yang banyak beribadat di bulan Ramadhan ini. Kebelakangan ini saf-saf solat berkurangan....manusia lebih suka untuk berehat di rumah ....konon-kononnya beribadat di rumah!

Minggu Cahaya Ramadhan 1430H

Majlis perasmian MCR dirasmikan oleh Al Ustaz Abu Wildan Muzaha

Waktu berbuka dah hampir tiba. Saudara Zulkhairi Eneng membahagikan tamar dan karipap

Pelajar muslimat bersiap untuk bersungkei

Allahummabariklana....dah tiba waktu sungkei...abi pun bersungkeilah bersama-sama depa tu!

Tahniah dan syabas! kepada team naqib/naqibah kerana berjaya mengadakan MCR tahun ni yang bermula semalam. Semoga 'amal diterima Allah swt.

Wednesday, September 2, 2009

Forum Ramadhan & Merdeka



Forum Ramadhan yang diadakan di Masjid An Naim Lutong, Miri
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.