Wednesday, September 9, 2009

Selipar power

gambar hiasan

Minggu lepas, abi bersolat terawih bersama para pelajar di surau. Nak dijadikan cerita pada kali ni, selipar abi dikebas oleh pelajar yang entah tak tau apa namanya. Selipar jenama power. Taklah mahal. Kedai Bata je beli tu. So, balik lah abi berkaki ayam...... :(
Kalau abi nak cari gaduh ngan budak tu,,,,mahu abi kumpulkan seluruh pelajar Islam dan check sorang demi sorang. Gerenti jumpa (kalau ikut pengalaman lepas). Setakat ni, dah 3 kali selipar abi cuba dikebas oleh pelajar tapi berjaya diberkas oleh abi sendiri!

Nak ceritanya....pelajar kita ni sanggup bedal@kebas selipar tak kira siapa punya. Seingat abi baru je malam kelmarin abi bagi tazkirah pada pelajar. Siapa kata syaitan takde di bulan puasa ni. Syaitan tetap ada di bulan ni, cuma ianya kurang berkuasa atau kurang mempengaruhi hamba-hambanya yang taat kpd Allah di bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Itulah yang dimaksudkan dalam hadis nabi "......syaitan akan dirantai@diikat kakinya...."

wallahu 'alam..sekadar curahan rasa...

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.