Saturday, November 28, 2009

jiwa broadband...


Mohd Azli & Mariani moga Allah rahmati kalian semua...

Rasa hidup kekok sikit bila susah nak dapatkan internet terutamanya bila dok kampung ni. 3g takde. Kali ni berpeluang balik ke Kota Bharu dan ada talian internet...syukur...ni pun sebab orang suruh jadi cameraman majlis kahwin.

Biasalah musim cuti sekolah ni ramai yang nak mendirikan masjid. Nak cukupkan separuh daripada agama. Bila dah ada isteri di sisi, InsyaAllah semuanya akan selamat. Iman selamat...agama pun selamat...susah untuk berlaku maksiat dan perlakuan zina.

Thursday, November 19, 2009

so cute...

Adik Furqan dok stanby nak g kat abang dia konvokesyen di Hotel Telang Usan....

Sunday, November 15, 2009

Binatang laut


ciptaan Allah yang cantik di dasar laut..subhanallah!

tau tak menatang ni apa dia? kalu nak kenal ni adalah belut laut...


aku dan archery

salah satu pemandangan di Manikar Beach....lawa tak ?

sifu archery abi...En. Mazlan

pergi melawat kompleks sukan laut

Nak menghadiri kursus memanah

koleksi gambar semasa berkursus di Manikar Beach, Labuan. Sijil kejurulatihan belum dapat lagi...tapi sekurang-kurangnya abi dah tau beberapa perkara dalam memanah ni...korang tau tak apa itu : stance.....pre-draw....bla..bla...cukup ngan 2 benda itu korang semua dah ternganga!!.

Sunday, November 8, 2009

Kursus Kejurulatihan Memanah


Abi bersama jurulatih Archery dan ahli kelab memanah SM Sains Miri.

Hari ni dok siap-siap nak gi kursus memanah ke Labuan. Flight jam 1.55 petang ni. bye!

Graduasi PASTI

VIP yang hadir

akhi Syamsul sebagai wakil ibubapa menyampaikan ucapan

Pengerusi PASTI Miri Al Munawwarah menyampaikan amanat

Adik Uliyya mengalunkan bacaan Al Quran. Sungguh mengasyikkan

Pelajar PASTI membuat persembahan

Wildan dengan pakaian graduasinya menerima sijil berhenti sekolah


yang sebelah kanan tu bukan calon menantu tapi kawan Wildan yang grade bersamanya.

Alhamdulillah, tadi selesai sudah Majlis Graduasi Pelajar PASTI AL Munawwarah yg diadakan di Hotel Telang Usan. Kini Ahmad Wildan dah grade...terima kasih cikgu Julia...terima kasih cikgu Nurul Jannah....terima kasih cikgu Is...terima kasih semua...

Taklimat kemasukan tahun 1 di SKA

Sabtu ( 7 November ) - Abi dan ummi serta Wildan menghadiri taklimat kemasukan pelajar ke sekolah agama. Wildan ditempatkan di kelas 1 Bestari. Harap-harap jadi pelajar bestari kelak. Banyak pesanan daripada pentadbir kepada para ibubapa, antaranya:

* tolong selalu semak beg anak.Kot-kot ada terambil barang orang lain punya. Ataupun barang anak sendiri telah hilang.

* bagitau guru kelas jika tak dapat hadir ke sekolah.

* perangai anak kita di rumah tak sama dengan perangainya di sekolah.

* Jangan beri anak HANDPHONE. Pernah berlaku bila bapa beri anaknya hp, lalu hpnya hilang guru dimarahnya dan disaman.Alasannya tak pandai jaga harta anaknya. Memang dah ada dalam pekeliling i/bapa tak boleh beri anak hp. Bahlul betoi bapa tu!

* Letakkan no hp bapa / penjaga pada beg murid. In case berlaku apa-apa senang utk dihubungi spontan.

merentas desa peringkat negeri Sarawak





Jumaat 6 November - SM Sains Miri ditugaskan untuk menguruskan acara merentas desa peringkat negeri Sarawak. Sebanyak 11 kontingen dari seluruh pelusuk Sarawak mengambil bahagian.

Wednesday, November 4, 2009

file download

Ramai di antara kita tak tahu kat mana nak download file menggunakan capaian internet seperti antivirus percuma, winamp, cc cleaner dan sebagainya. Anda boleh menziarahi banyak web untuk mendownload perisian secara percuma. Di sini dinyatakan web yang memberikan khidmat download percuma:

http://www.filehippo.com/

http://download.cnet.com/windows/

http://www.4shared.com/network/search.jsp (nak download lagu pun boleh)

kredit to : sifu-sifu komputer ( Fauzan, Ust Azhar, Hisham )tq kepada mereka semua kerana mengajarkan abi apa itu komputer & IT....

Tuesday, November 3, 2009

Barakah Al quran

Minggu lepas, ummi mengadu sakit-sakit di bahagian belakang. Senak dan mencucuk-cucuk. Nak bernafas pun rasa tersekat-sekat dan susah. Dengan sedikit ilmu yang ada abi memulakan bacaan al fatihah,ayat kursi,surah al insyirah dan solawat syifa' sambil tangan mengurut bahagian belakang dan tempat yang sakit.

Alhamdulillah dengan barakah ayat suci Al quran kesakitan yang ummi rasakan makin berkurangan dan keesokan harinya dia tak rasa sakit lagi.

Apa yang nak dikongsikan di sini, kita perlulah yakin dengan ayat-ayat Allah dalam mengubati sesuatu penyakit. Ayat-ayat Al quran merupakan syifa (penyembuhan) kepada segala penyakit.

berikhtiarlah dan berusahalah dengan membaca ayat suci Al quran dalam perubatan, InsyaAllah akan datang manfaatnya dan kesannya.

Monday, November 2, 2009

sakit belakang dan pinggang



Dah beberapa kali abi asyik menahan kesakitan di bahagian belakang dan pinggang. Tiap kali bangkit dari tidur ataupun duduk yang terlalu terasa susah untuk berjalan. Bila dah jalan 10 langkah barulah ok.

Mulut Ummi asyik bising saja suruh abi pergi mengurut. Katanya dalam badan abi tu penuh dengan angin. Angin yang sebabkan badan jadi jadi berat dan sakit. Seingat abi dah masuk 2 tahun abi sakit belakang ni.

Kali ni abi dah tak tahan dengan leteran ummi dan terus pergi mengurut dengan pakcik jiran dekat rumah. Sekitar 15 minit pakcik tu urut belakang abi....alhamdulillah terasa ringan di belakang. Seolah-olah 2 -3 kg benda berat di belakang di buang keluar.... Katanya seseorang itu akan terasa sakit di bahagian belakang akan tekanan kerja,,,,keadaan kerja,,,,kepenatan amat sangat dan bla...bla....

InsyaAllah kalau ada masa abi nak urut seluruh tubuh pulak untuk buang angin dalam badan.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.