
Saja nak cerita....
Sebulan yang lepas, duit budak yang abi pegang RM300 masih lagi belum dijumpai....tak ingat mana letak......(mak budak tu bagi semasa bertemu di jalanan)
Seminggu yang lepas, kad hsbc tak dijumpai juga...sedar2 dah takder dalam beg duit.
Hari ni, pensil case hilang juga selepas mengajar budak di makmal komputer. Sedar2 dah hilang tak tau mana letak. Tapi syukur alhamdulillah, setengah jam kemudian dah dijumpai oleh kawan.
Kenapa jadi macam ni eekk? mungkin otak abi tiada fokus. Banyak benda kena fikir.
Semalam meeting PPDa (pendidikan pencegahan anti dadah), ada benda baru lagi kena buat. Kena buat sudut anti dadah untuk kelas dan bilik2 khas. Bos nak masuk pertandingan peringkat kebangsaan! Yup! banyak giler kijo...Belum siap satu kerja dah datang kerja baru.
Depa kat atah takpo la...dok suruh je....hak ore bawah ni wat kijo......jadi kuli....Allahumma....
jauhilah perkara2 yang tak diingini berlaku sepanjang hari
jauhilah juga benda2 yang tak mampu abi lakukan
lindungilah abi daripada perasaan hasad dengki
daripada manusia dan jin
Allahumma....
engkaulah ya maha mengetahui
apa yang tersembunyi dan nyata
peliharalah diri hambaMu ini....
amin.