1 day ago
Tuesday, March 23, 2010
anak luar nikah
sekarang ni sibuk di dada akhbar mahupun tv dan radio, sibuk melapor tentang anak luar nikah yang dibuang di merata-rata tempat. last sekali abi dengar dari radio, juruhebahnya melaporkan terdapat satu lagi baby dibuang. Angkara siapa ni????tak lain tak bukan anak bangsa kita...dilaporkan baby tu dah kesejukan dan tak mampu lagi untuk menangis. Isyyy! sungguh menyayat hati.....Buat perlakuan terkutuk Allah sajalah yang dapat membalasnya. Kalau tak di dunia di akhirat pasti tak terlepas.
Bukan senang untuk dapatkan anak. Bagi mereka yang berkahwin bertahun2 ada yang tak dapat menimang anak. Terpaksa berubat dan merawat sana sini. Abi sendiri pun dapat anak selepas 3 tahun lebih berkahwin.
Bagi mereka yang tak bertanggungjawab ni, cukup senang dan simple je...buat "project" cukup senang dan lepas tu anak dibuang. Perangai orang arab Jahiliah. Itulah akibatnya bila agama tidak meresap dalam jiwa dan tiada penghayatan keagamaan.
Banyak tinjauan dibuat anak luar nikah yang lahir dan dibuang di merata2 tempat tu, mereka ni buat project pada bulan Ogos. Menagapa bulan ogos? ada peristiwa pentingkah? Ya ada. sambutan hari kemerdekaan. lepas mereka sambut hari kemerdekaan mereka berseronok2 pula dengan pasangan masing2.
Siapakah yang harus dipersalahkan ? Siapakah yang menganjurkan sambutan hari kemerdekaan tu ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Lebih teruk dari zaman jahiliyah.Zaman Firaun bunuh anak lelaki.Zaman jahiliyah anak perempuan.Tapi zaman sekarang tak kira lelaki atau perempuan,bila buat dosa zina buat dosa buang @ bunuh anak pula.Mengapa berlaku ??,sebab manusia kebanyakan tinggalkan panduan alQuran dan sunnah nabi SAW.
Post a Comment