Seperti mana biasa si ummi menyiapkan makanan pagi untuk dirinya dan si Wildan sebagai bekalan ke sekolah. Tapi pada hari tersebut ummi tak masak dan disuruhnya abi berikan ongkos kepada Wildan.
Apabila tiba di sekolah, abi terlupa nak berikan ongkos untuk Wildan. Biasanya ongkos tu akan diberikan dalam kereta lagi. Tapi terus lupa .....
Masa abi di sekolah barulah teringat rupa-rupanya abi lupa nak berikan ongkos kepada Wildan. Nasib baik bekalan air ada juga diberikan. Air sarsi. Nak minta kebenaran bos untuk keluar, rasanya tak sempat gak sebab kelas terlalu banyak. Terpaksalah berlapar Wildan dari jam 630 pagi hingga 1200 tengahari.
***********
Sejurus ambil Wildan dari sekolah, terus abi menanyakan apakah yang dimakan Wildan pada rehat tadi. Wildan makan roti. Roti kawannya.
Sejurus ambil Wildan dari sekolah, terus abi menanyakan apakah yang dimakan Wildan pada rehat tadi. Wildan makan roti. Roti kawannya.
" Hari ni Wildan tak bawa duit, abi tak beri. Boleh Wildan makan roti " Itulah ayat yang Wildan ulang apabila abi menanyakan bagaimana dia minta daripada kawannya. Nasib baiklah kawannya tu tak kedekut... (Moga Allah membalasnya)
Ayat yang Wildan lafaz itu betul-betul menyentuh hati abi sebagai seorang bapa. Seolah-olah anak seorang fakir atau pengemis. Hampir menitis air mata abi semasa drive kereta ke rumah.
Mungkin kejadian itu boleh dijadikan teladan buat diri abi agar menitik beratkan soal kebajikan anak-anak.

3 comments:
nak buat mcmana, manusia x ada yg perfect...
Mcm sy lupa beli biskut Iman, nti ibunya suapkan roti...skali bila balik keja ambik dia, tgk2 ada lagi roti melekat kt lelangit dia, mula tu ingt pebenda, cuba korek, skali dh hilang dan iman senyum2 je...iman2..
jangan sampai anak pengsan sudah!
Post a Comment