6 hours ago
Wednesday, July 28, 2010
Dapat anak lagi
Jangan terkejut dengan statement @ tajuk itu. Sebenarnya apa yang dimaksudkan di situ adalah dapat anak @ murid untuk belajar bahasa arab lagi. Sebenarnya pelajar itu pada mulanya adalah pelajar daripada bahasa ******** tetapi memandangkan dia rasa dah tak selesa dengan bahasa tu ditambah pula dengan gurunya pun rasa tak selesa juga, So mahu tak mahu senang-senang dia pass budak dia pada kita. Dengan anggapan murid tadi tiada mood dan tak dapat dirawat lagi.
Kenapa bersikap demikian ? susah untuk menerima murid yang bengap berbahasa ? murid yang tiada motivasi utk belajar bahasa? Di mana peranan kita sebagai guru ? Adakah BA ini adalah tempat pelajar-pelajar buangan @ lemah daripada bahasa - bahasa asing yg lain? Humbankan saja dalam BA. Di situ si ustaz dapat menerimanya dan merawatnya....
Bagi abi tak jadi masalah nak menerimanya. Pintu sentiasa terbuka luas untuk sesiapa yang ingin mempelajarinya. Satu je niat adalah untuk menyebarkan ilmu Allah kepada sesiapa yg mahu.
Memang dari dulu (semasa pendaftaran tingkatan1), kebanyakan murid yang belajar dari sekolah rendah agama (arab), enggan register utk belajar BA. (Kononnya nak belajar bahasa lain....ada class sikit). BA hanya dipandang sebelah mata saja. Kemudian .....
Bila dah melaluinya beberapa bulan......adalah suara-suara permintaan " ustaz, boleh tak saya masuk ke dalam kelas BA " dengan 1001 alasan yang tak munasabah. Dengan muka-muka seposen pun ada. Tidak kurang juga sanggup guna kabel pengetua supaya ditukarkan kepada BA. Pelik bin ajaib. Kalau nak belajar bahasa, belajarlah sampai pandai. 4 tahun di sekolah adalah tempoh yang agak lama untuk belajar bahasa.
'Ala kulli hal abi menerimanya dengan hati terbuka....mungkin diorang tu gembira untuk belajar BA bersama al ustaz. Terima kasihlah buat anak-anak didik abi yang sanggup bersama abi dalam melayari bahtera BA hingga ke form 4. Tiada lah pula yang merungut untuk menukar dari BA ke B*****. Mungkin satu hari nanti pihak pentadbiran boleh buat satu peraturan untuk tidak membenarkan mana-mana students menukar bahasanya, baik dia student yg lemah ataupun yang hebat! Terpulanglah kepada cikgunya berijazah dari oversea untuk menanganinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ustaz, terima kasih sebab bg feedback pertanyaan sy smlm tentang 'tilka' dan 'zhalika'.
Len kali nak tanya lgi boleh?hehehe
* buah cempedak diluar pagar
Saya mak budak yang baru nak belajar balik (dulu penah belajar, dah lupa daaa...)
pada sy, bahasa arab ni kalau untuk perbualan boleh tahan lagi la. kene rajin hafal perkataan. tp bila dah mendalami nahu dia, memang mencabar la. huhu. tapi kalau boleh kuasai memang berbaloi la. senang sikit nak belajar ilmu agama yg lain lepas tu:)
sabau syeh ...!! apa yg kawe tahu ..bukan nak buang ....hok kawe tahu demo guru yg terbest ..terbaik tu yang beri ko demo ...so terimalah seadaaya untuk meramaikan mereka yg ingin belajar bahasa syurga yang indah ini....
kalau nak join klas BA bleh ust??bse perancis..satu pe x paham..haha
Post a Comment