3 hours ago
Thursday, August 12, 2010
aku dan terawih
Terlebih dahulu abi nak ucapkan selamat menjalani ibadat puasa buat tetamu cyber dan pengunjung blog ceritaabi ni. Moga segala amalan kita diterima olehNya.
Terasa ingin mencoretkan kenangan 4-5 tahun ke belakang berkisar tentang solat terawih. Kedatangan bulan ini yang penuh dengan rahmat dan barakah daripadaNya tentunya diimpikan oleh setiap insan dan mukmin. Bahkan bagi mereka yang benar-benar ingin beramal di dalam bulan yang mulia ini akan menggunakan ibadahnya semaksima mungkin.
Bagi abi peluang untuk berterawih setiap malam secara berjemaah selama sebulan di masjid adalah sesuatu yang mustahil dek kerana kerja malam. Warden asrama. Kerja ini memerlukan pengorbanan masa sehinggakan tidak sempat solat terawih berjemaah di masjid. Abi terpaksa turun awal lebih kurang jam 7.30 malam untuk memantau pergerakan pelajar prep malam.
Walaubagaimanapun, nawaitu untuk solat terawih di rumah tidak juga dapat dilaksanakan kerana badan telah letih bekerja siang dan malam. Akhirnya hilang satu malam dan begitulah seterusnya .....(memang kecewa tidak dapat berterawih setiap kali duty, hinggakan jealous tengok kengkawan pi solat :( ) Begitulah pada tahun-tahun berikutnya.
Alhamdulillah pada tahun ini, abi tidak lagi menjadi warden, dan ini memberikan satu sinar harapan pada abi untuk memaksimakan ibadat khususnya solat terawih di masjid. InsyaAllah moga-moga Allah berikan kekuatan kpd abi berterawih selama 30 hari di madrasah Ramadhaniah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Oh sygnya...klu sy di asrama dlu, warden akn jd imam utk student2 bermula maghrib, isya' pastu smbg tarawihk...lps tarawikh kami kena bergegas balik bilik amik buku utk prep smpi pkl 11.00, 11.30 dh wajib ttp lampu dorm utk tido.
Masa sy kat asrama dulu pun sama (SMTM dan MRSM)..Student2 dan warden akan tarawikh berjemaah di surau/masjid. Lepas tarawikh tu ada prep, then supper.
betul dah tu, tapi itu situasi di semenanjung,d sarawak lain sebab ada orang /pelajar bukan Islam.Mereka prep spt biasa. yang Muslim akan ke surau utk solat teraweih, pastu baru prep.
Ramadhan Kareem.Balik Qlate tak cuti raya nanti?Selamat beribadah pada bulan barakah
Post a Comment