Sunday, October 24, 2010

bajet 2011 ..apa kata abi




Bajet 2011 dah selamat dibentangkan dengan jayanya. Rasanya nak menyuarakan jugaklah dari hati qalbu ni walaupun tak sampai kat kementerian pun takpe. Mungkin 10-20 tahun lagi akan sampai kepada cucu cicit kita.

Tahniah dan syabas kepada guru kafa (dianggap pendidik juga) kerana dapat elaun sampai RM800. Amat beruntunglah bagi guru agama yang mana pada masa yg sama menjadi guru KAFA juga. Bertambahlah income bulanan. Lebih menguntungkan lagi bila mana bilangan murid yang sedikit sahaja menghadiri kelas KAFA (situasi di Sarawak). Hanya mengajar mengaji quran sekitar 2-3 jam sehari selama 2 kali seminggu bisa meraih elaun yang banyak.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga yang mana bagi pakcik makcik yg di kampong takdak keje tu dapat RM800 memang berbaloi. Tapi abi ingin mengajak pembaca sekelian adalah lebih baik jika elaun itu diberikan mengikut kepala murid yang hanya menghadiri kelas KAFA sahaja. Itu lebih menjimatkan wang kerajaan @ rakyat dalam pendidikan. (pernyataan ini mungkin akan mengundang kemarahan kpd guru KAFA).

Menteri Pendidikan harus juga memikirkan adakah memadai KAFA diwujudkan di sekolah rendah sahaja ? Kenapa tidak diberikan juga kepada guru yang mengajar KAFA di sekolah menengah ? Adakah sudah gerenti murid yang mengikuti KAFA di sekolah rendah sudah tahu tentang permasalahan fardhu ain, bacaan Al quran dsbnya bila berada di peringkat menengah ? jom kita fikir sama-sama. Banyak masalah-masalah timbul bila mana remaja mula meningkat dewasa sewaktu di sekolah menengah.

Pernyataan di atas bukan iri hati @ PHD tentang apa yg diberikan. Rezeki masing-masing. Tapi sebagai orang dalam dunia pendidikan abi nak "ghoyat" jer. Apa salahnya jika ia diwujudkan juga di peringkat menengah. Itu baru satu isu.....

Satu lagi tentang bebanan kerja di sekolah-sekolah terpilih terutamanya di sekolah berasrama penuh. Bagi guru yang dapat mengajar di sekolah harian biasa, mereka turun kerja seawal jam 630 pagi dan balik jam jam 1 @ 2 petang. Bagi guru di sekolah terpilih mereka tak dapat peluang macam ni dan terpaksa balik jam 4 @ 5 pm. Sama macam orang kerja opis. Ada-ada jer kerja yg perlu disettlekan. Sabtu pulak berprogram di sekolah. Akibatnya ramai guru-guru yang stress (berdasarkan servey bila pergi mesyuarat).

Tu lah sebabnya mengapa guru tak kekal lama di sekolah terpilih. Kenapa orang pendidikan tak kaji itu semua ? atau dah kaji ? Apalah salahnya jika dibuat satu sistem penggajian yang mana membezakan dengan guru-guru yang mengajar di sekolah biasa ? Sekurang-kurangnya berbaloilah kerja sampai nak mati. kalau ada sesiapa tak berminat keluarlah dari sistem....habis cerita.....

sekadar perkongsian idea dan luahan rasa......maaf kalau adayang terasa

Wednesday, October 20, 2010

Gadis bela jin


KULAIJAYA: Seorang gadis sengsara akibat gangguan histeria yang dikatakan berpunca daripada tindakannya menggunakan jin dan amalan ilmu hitam bagi menundukkan lelaki supaya memenuhi kemahuannya memiliki barangan berjenama.

Gangguan histeria dialami gadis berusia 18 tahun itu berlaku jam 10.30 malam pada 14 Oktober lalu memaksa keluarga remaja berkenaan memanggil pengamal perubatan tradisional bagi memulihkan keadaan.

Hasil rawatan, bomoh berkenaan memberitahu kejadian berpunca daripada jin belaan gadis berkenaan mengamuk apabila dia yang mahu dikenali sebagai Ila tidak menunaikan janji dalam mengamalkan ilmu hitam.


Bapa mangsa yang enggan dikenali mendakwa, ‘ilmu penunduk’ yang diamalkan anak gadisnya diperoleh remaja itu daripada bapa saudaranya yang juga seorang bomoh di Negeri Sembilan.


“Anak perempuan saya itu dibela abang ipar saya sejak kecil lagi sebelum saya mengambilnya semula empat tahun lalu selepas dia melakukan pelbagai kesalahan di sekolah.

“Saya menyedari dia mengamalkan ilmu hitam selepas isteri menjumpai sehelai kertas bertulis ayat mantera yang tidak difahami dalam simpanannya,” katanya.

Menurutnya, akibat tidak sedap hati, dia dan isterinya membakar kertas berkenaan sebelum bertanya kepada anaknya mengenai ayat di atas helaian kertas itu.

“Dia menggelengkan kepala dan mengatakan itu kertas conteng biasa tapi kami yakin ia mantera dibekalkan bapa saudaranya.

“Saya berani berkata demikian kerana saya sendiri pernah melihat abang ipar (bapa saudara gadis berkenaan) menggunakan bara api ketika menjalankan proses perubatan,” katanya.

Ibu Ila pula berkata, gangguan histeria dialami anak gadisnya makin kerap berlaku dan minggu lalu kali ketiga menimpanya sepanjang tempoh dua bulan lalu.

Katanya, sebelum tubuh Ila dimasuki jin, dia duduk diam di satu sudut menangis sambil diiringi gelak tawa yang menyeramkan dan memarahi sesiapa yang cuba menenangkannya.

“Ila mengaku dia mengamalkan ilmu yang diberi bapa angkatnya selepas gangguan kali pertama berlaku pada pertengahan bulan lalu.

“Dia menggunakan ilmu itu bagi membuatkan semua lelaki yang dikenalinya menurut perintah dan meminta apa saja barangan mewah dikehendakinya.

“Tahap kesabaran kami sekeluarga sampai ke kemuncak apabila dia menggunakan ilmu penunduk itu ke atas anak angkat kami yang juga seorang mualaf bagi memenuhi kehendaknya memiliki barangan berjenama.

“Walaupun kami berulang kali menasihatinya supaya membuang ilmu itu, dia tetap berdegil dan mengamalkan ilmu hitam itu,” katanya.

Wanita itu berkata, walaupun tiga kali diubati, Ila belum pulih sepenuhnya dan dia percaya gangguan histeria itu boleh berulang lagi.

“Jika perkara ini berlaku di rumah, kami masih boleh mengawasinya tapi jika ia berlaku di luar, saya bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Abu Samah Ahmad yang merawat Ila berkata, apa yang dialami gadis berkenaan kesan buruk apabila seseorang manusia mengamalkan ilmu hitam.

“Inilah akibatnya jika mengamalkan benda terlarang kerana ia bukan saja memudaratkan diri, malah boleh membawa kita kepada syirik kerana meminta pertolongan selain daripada Allah SWT,” katanya.

Katanya, ketika tubuh Ila dimasuki jin, tindak-tanduknya juga berubah kerana akal fikirannya dikawal jin.

Friday, October 15, 2010

HFMD amaran dripada Allah



Penyakit kuku dan mulut atau lebih dikenali HFMD adalah satu penyakit yang berpunca daripada tidak menjaga kebersihan persekitaran dan tempat tinggal. Ia mudah menjangkiti kanak-kanak.

Bila direnung tentang kebersihan, memang ya dan benarlah Islam dalam menjaga soal kebersihan ini. Dengan erti kata lain Islam amat menitik beratkan kebersihan.

Dalam ibadat pun kita digalakkan untuk bersuci sebagai tanda penyucian lahir dan batin.

Begitu juga dengan tempat tinggal kita, mesti suci daripada sebarang kekotoran yang boleh mengundang pelbagai penyakit. Justeru, bagi mereka yg enggan dan tidak menitik beratkan soal kebersihan ini Allah turunkan warning yg pertamanya iaitulah HFMD.

HFMD boleh membawa maut kepada kanak-kanak

Thursday, October 7, 2010

Ramah Tamah PASTI Miri

Mendendangkan nasyid "ana Muslim"


Penasihat PASTI Miri, Akhi Nizam

Pengerusi PASTI Miri, Ust Borhanuddin

PASTI Al Munawwarah mengalunkan nasyid

menjamu selera

Pelancaran Tabung PASTI Miri
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.