Sunday, October 24, 2010

bajet 2011 ..apa kata abi




Bajet 2011 dah selamat dibentangkan dengan jayanya. Rasanya nak menyuarakan jugaklah dari hati qalbu ni walaupun tak sampai kat kementerian pun takpe. Mungkin 10-20 tahun lagi akan sampai kepada cucu cicit kita.

Tahniah dan syabas kepada guru kafa (dianggap pendidik juga) kerana dapat elaun sampai RM800. Amat beruntunglah bagi guru agama yang mana pada masa yg sama menjadi guru KAFA juga. Bertambahlah income bulanan. Lebih menguntungkan lagi bila mana bilangan murid yang sedikit sahaja menghadiri kelas KAFA (situasi di Sarawak). Hanya mengajar mengaji quran sekitar 2-3 jam sehari selama 2 kali seminggu bisa meraih elaun yang banyak.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga yang mana bagi pakcik makcik yg di kampong takdak keje tu dapat RM800 memang berbaloi. Tapi abi ingin mengajak pembaca sekelian adalah lebih baik jika elaun itu diberikan mengikut kepala murid yang hanya menghadiri kelas KAFA sahaja. Itu lebih menjimatkan wang kerajaan @ rakyat dalam pendidikan. (pernyataan ini mungkin akan mengundang kemarahan kpd guru KAFA).

Menteri Pendidikan harus juga memikirkan adakah memadai KAFA diwujudkan di sekolah rendah sahaja ? Kenapa tidak diberikan juga kepada guru yang mengajar KAFA di sekolah menengah ? Adakah sudah gerenti murid yang mengikuti KAFA di sekolah rendah sudah tahu tentang permasalahan fardhu ain, bacaan Al quran dsbnya bila berada di peringkat menengah ? jom kita fikir sama-sama. Banyak masalah-masalah timbul bila mana remaja mula meningkat dewasa sewaktu di sekolah menengah.

Pernyataan di atas bukan iri hati @ PHD tentang apa yg diberikan. Rezeki masing-masing. Tapi sebagai orang dalam dunia pendidikan abi nak "ghoyat" jer. Apa salahnya jika ia diwujudkan juga di peringkat menengah. Itu baru satu isu.....

Satu lagi tentang bebanan kerja di sekolah-sekolah terpilih terutamanya di sekolah berasrama penuh. Bagi guru yang dapat mengajar di sekolah harian biasa, mereka turun kerja seawal jam 630 pagi dan balik jam jam 1 @ 2 petang. Bagi guru di sekolah terpilih mereka tak dapat peluang macam ni dan terpaksa balik jam 4 @ 5 pm. Sama macam orang kerja opis. Ada-ada jer kerja yg perlu disettlekan. Sabtu pulak berprogram di sekolah. Akibatnya ramai guru-guru yang stress (berdasarkan servey bila pergi mesyuarat).

Tu lah sebabnya mengapa guru tak kekal lama di sekolah terpilih. Kenapa orang pendidikan tak kaji itu semua ? atau dah kaji ? Apalah salahnya jika dibuat satu sistem penggajian yang mana membezakan dengan guru-guru yang mengajar di sekolah biasa ? Sekurang-kurangnya berbaloilah kerja sampai nak mati. kalau ada sesiapa tak berminat keluarlah dari sistem....habis cerita.....

sekadar perkongsian idea dan luahan rasa......maaf kalau adayang terasa

2 comments:

data:comment.author/> said...

Apabila ia dinamakan sistem, mmg akan ada cacat celanya wlupn pada mulanya semua nmpk sempurna. Org lain mgkn x dpt membantu, ttp Abi sendiri yg berada dlm sistem tersebut ptt suarakannya pada pihak yg berkaitan...sy setuju KAFA diteruskan pd peringkat menengah, sekurang2nya dpt mengekang masalah sosial para remaja. Ms sekolah dulu, sy sgt kecewa x pernah dpt ikut kelas Fardhu Ain, nk buat cemana, sy darjah 4, kelas tu ditawarkan kpd murid darjah, 1, 3 dan 6. Bila sy darjah 6, sistem dh bertukar dn skali lg sy x dpt mengikutinya. Bg sy, utk mengubah sistem, komponen sistem itu sendiri perlu menggerakkan jenteranya sbb mereka yg di luar sistem blm tentu tahu mslh yg wujud di dalam sistem tersebut.

data:comment.author/> said...

setiap kali menteri pelajaran berubah, maka berubahlah dasar dan sistemnya..

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.