Walaupun dah nak masuk 2 minggu tahun 2011, rasa di hati abi nak kongsi cikit citer tentang tahun baru yang kami hadapi. Bermula tahun maka bermulalah karier seorang guru pada tahun barunya...
Anak kecik kami yang berumur 1 tahun 10 bulan kami letak di Nursery ****. Yelah bila dah lama tak tinggal di nursery tu, sebaik jer ummi nya letak di situ dia terus menangis. Entah berapa lama dia menangis tak diberitau pula.
Bila umminya datang ambik dio, badan terasa amat panas sekali. Demam agaknya. Mungkin sebab fobia ditinggalkan di nursery @ sebaliknya....Kami masukkan ubat kot bontotnya...napak ok sikit.
Dijadikan citer dengan izin Allah semasa badan dia panas, sedang abi dokong dia badannya terus tersentak dan menggigil. Ya Allah ....apa dah jadi dengan anakku ni ???bisik hati kecil.
Abi terus panggil ummi di dapur. Si Ummi terus menggelabah bila melihat keadaan sedemikian. Dah jadi tak tentu hala. Abi ambik air dan sapu di kepala...tiada tanda2 akan reda. Konon2nya nak buat rawatan awal lah.
Last sekali kami berazam utk bawa dia ke hospital. Dalam keta tak habis2 abi cuba pesan pada ummi spy dibacakan surah Al kauthar kepadanya. Entah daripada mana ilmu yang abi ambil pun tak tau. Cuma setahu abi ia adalah sejenis nama telaga di syurga Allah. Memohon keberkatan daripada surah Al Kauthar....Badan yang menggigil tadi hampir reda cuma dia tak sedarkan diri. Mata tertutup rapat. Hanya kedengaran tiupan nafas yang lemah longlai.....kereta terus dipecut laju......
Sampai di hospital terus dimasukkan ke wad emergency....nurse dan doktor buat rawatan dengan melapkan badannya dengan kain basah. Furqan hampir sedar dan keluar tangisan dan teriakan....Alhamdulillah atas segala hal
21 hours ago
2 comments:
Allahu yasfihi..banyak bersabar..moga cepat sembuh
syukran akhi...pengalaman pertama ana di perantauan takkan dapat dilupakan
Post a Comment