18 hours ago
Saturday, April 2, 2011
Bagai kacang lupakan kulit
Rasanya nak menulis dan berkata2 tentang perumpamaan ini. Kebetulan pula baru je bebudak sekolah ambik result SPM.
Waktu nak ambik result tu, jantung bergetar2 n kencang.dup dap dup dap. Tapi bila dah terima result semuanya akan redha dengan ketentuan Ilahi. Yang dapat result bagus akan senyum meleret, yang kurang bagus akan nampak kekecewaan di raut wajahnya.Bak kata pepatah Arab " man jadda wa jada" - sesiapa yang berusaha bersungguh2 dia akan dapat....
Cuma pernah tak kamu (calon SPM) fikir siapakah orang yang menyebabkan anda menjadi orang yang hebat? yang dapat 10 A's @ 11 A's. Abi rasa tentu jawapan kitorang semua adalah GURU @ CIKGU .
So, kalau jawapan anda adalah guru mengapakah tak ramai yang datang untuk ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana telah mengajar dia selama ini??? Apakah kejayaannya itu adalah disebabkan oleh usahanya sendiri ?
Adakah teramat berat untuk melafazkan ucapan terima kasih @ tq @ syukran pada guru. Hanya beberapa patah perkataan jer. Tak banyak pun. Ingatlah yang mengajar anda A B C .....adalah seorang guru. Yang menjadikan anda dapat membaca dengan baik adalah kerana guru. Dapat mengira hingga sifir 12 pun adalah disebabkan guru. So siapa anda tanpa bimbingan daripada guru?
Renung2 kanlah. Kalau anda belum ucapkan terima kasih pada guru anda selama berpuluh2 tahun, maka ucapkanlah walau dengan sms ringkas sekalipun. Abi rasa itulah satu penganugerahan daripada seorang murid kepada gurunya yang tiada nilainya.
Terima kasih cikgu !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam,
dalam gamba tu, cuma kenal ustaz sorang je...cikgu baru dah semua... hehe
p/s: terima kasih ustaz atas segala tunjuk ajar masa di sainsri dulu :)
p/s/s: cantik gambar kacang tu...sharp ;)
sama2 faiz.
"tunjuk ajarku sifu"
gambar kacang tu,bukan saya yg ambik dr internet. saya nak belajar wat bokeh ngan awak, camner?
hehe:)
utk buat bokeh, kena guna aperture besar (f number yang kecil)... contohnya, f1.8, f2.8, f3.5, f4 etc...makin kecil nombor tu, makin besar aperture dia, maka makin menjadi bokehnya...
tu satu perkara, satu lagi, jarak antara subjek yang kita nak shoot tu dengan objek kat belakang dia (background) kena jauh sikit... kalau jarak antara subjek dengan backround dia terlalu dekat, bokeh tak ketara sangat...
jadi, biasa org buat, guna aperture besar (f number yg kecil) sambil guna focal length yg besar (zoom habis lagi senang)...bila nak shoot, biar la jarak kita dengan subjek tu dekat (melainkan nak shoot manusia full body) dan pastikan jarak objek pada background dengan subjek adalah jauh...
ok ke penerangan saya ni? ke berbelit-belit? hehe
Insyaallah kawe akan tolong sapa puak2 kita dapat balik bersama ke SM Sains Setiu...
Post a Comment