Thursday, May 19, 2011

Salahkah abi ?

Seperti yang dijadualkan abi akan masuk kelas mengajar subjek BA. Selepas memberi salam, perkara pertama yang akan abi buat ialah menatap wajah-wajah murid abi. Sebolehnya seorang demi seorang. Selepas itu baru mereka dibenarkan duduk.

Semasa menulis di whiteboard, sesekali abi menoleh ke belakang,memerhati gelagat murid. Takut ada yang bermain dan sebagainya. Jangkaan abi memang tepat apabila mendapati seorang pelajar S sedang melambung2kan pennya ke atas. Dilambungnya pen itu ke atas dan ditangkapnya semula.

" S, jangan kamu lambungkan pensel itu ke atas, nanti terkena kipas "....tegur abi. Berhenti dia seketika dan terdiam. Abi menyambung kerja untuk menulis di white board. Selepas beberapa ketika, abi terdengar satu bunyi lantunan. Ya memang tepat jangkaan. Pen yang dilambungnya itu telah terkena kipas dan terus tercampak keluar tingkap. Nasib baiklah pen tersebut tidak terkena mata murid-murid yang lain. Alhamdulillah ....dalam hati abi (tiada sesiapa yang cedera)

Terus abi ke tempat pelajar S tadi.
"kan ustaz dah cakap tadi, jangan baling pen ke atas. Cuba tengok apa yang terjadi. Pen dah kena kipas. Nasib baik tak tercucuk mata kawan-kawan kamu" leter abi.

Tangan abi terus menggetel dan mencubit telinganya. Getelan dan cubitan sebagai hukuman. Walaupun abi tahu ada undang-undang pendidikan yang melarang daripada menyentuh murid sesuka hati apatah lagi dalam memberi hukuman. Tak abi hiraukan. SALAHKAH ABI????

2 comments:

data:comment.author/> said...

ustaz x salah ustaz...kalau ustz x beri hukuman..mungkin ia akan berlaku lagi..dan mungkin boleh mencederakan..kita x boleh jemu memberi peringatan kan ustaz..biar mereka jemu..Allah ttp redha..^^

data:comment.author/> said...

ROTAN je cukup2....kasi birat ! hehehe...

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.