Sunday, July 31, 2011
1st Ramadhan at Setiu
"Selamat menunaikan ibadat puasa abi ucapkan kepada pengunjung blog cerita abi ini"...
Kali ini abi bersama family diberikan nikmatnya untuk sama2 berpuasa di Bumi Setiu, Terengganu. Malam tadi adalah merupakan solat terawih pertama abi di Masjid Permaisuri, Setiu. Berjemaah bersama2 dengan penduduk kampung di situ. Berimamkan Imam yang hafiz yang diundang khas. Suaranya begitu indah mengalunkan kalamullah sehingga tak terasa abi bacaannya yang panjang sepipi muka surat.
"Ya Allah, tetapkanlah abi untuk melaksanakan perintahMu dan berikanlah kekuatan kpd abi dalam melakukan ibadat puasa di siang hari dan berterawih di malamnya. Amin."
Semoga apa yang dijanjikan oleh junjungan besar nabi kita Muhammad SAW menjadi kenyataan suatu masa nanti. Iaitulah dijanjikan orang yang berpuasa itu 2 nikmat. 1) nikmat ketika berbuka 2) nikmat ketika berjumpa dengan penciptanya
Thursday, July 28, 2011
ahlan wa sahlan ya mudirati
p/s: Moga beliau tak mendatangkan stress kepada abi dan kengkawan yg lain :)
Wednesday, July 20, 2011
tukar jantina
KUALA TERENGGANU, 18 Julai – Hasrat seorang lelaki yang mahu menukar nama dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.
Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas memengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.
Ashraf yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.
Menurut laporan Bernama Online, Ashraf yang berasal dari Kuala Terengganu bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.
Hakim Mohd Yazid berkata keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, yang telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa permohonan berkenaan tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.
Katanya walaupun pemohon telah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.
Selain itu, katanya, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Ashraf dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil untuk memberi keterangan.
“Setelah kes ini diperhalusi dan diteliti dari semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan pemohon.
“Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam MyKad dan dalam dokumen pengenalan diri lain pemohon,” katanya.
Monday, July 18, 2011
Family Day
Family Day atau dalam Bahasa Arabnya 'Yaumul Usrah' telah diadakan pada 16 Julai yg lepas di Lata Belatan, Setiu hasil ilham @ idea Ustazah Khatijah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Jah. Idea terhasil untuk menghilangkan rasa tension guru-guru kerana masih bersendirian. Dengan erti kata lain tiada murid lagi.
Walaupun tak ramai guru SAIS tapi cukuplah untuk menghilangkan tension dengan kehadiran anak-anak dan isteri ke sana. Dihiasi dengan membakar ayam, ikan & daging BBQ cukup bermakna buat kami semua.
Alhamdulillah program ini kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.
Wednesday, July 13, 2011
Rindu nak mengajar
Wednesday, July 6, 2011
Boikot Astro
Mata tak dapat nak lelap lagi selepas melihat perlawanan bolasepak Perak-Selangor. Furqan masih dok syok bergurau ngan abi lagi. Mata masih kuat bertahan. Kena layanlah dia....
Dah masuk sebulan abi sekeluarga di Setiu ni. Kekadang tu boring ada mari juga. Buka channel tv1 dan 2 nampak macam tak best jer. Sebelum ni pun kedua2 channel tu dah abi tak layan. Abi layan tv3 jer. Tapi di Setiu ni lain cerita pulak. Channel tv3 tak kuat (tempat yang abi tinggal). Walaupun tapak flat guru dan sekolah berada di atas bukit masih tak dapat juga. Yang anehnya channel tv7 ada plak!
Ramai kawan2 kat sini dah pakai Astro. Abi masih lagi berpegang pada janji untuk memboikot Astro. Selagi anak2 abi masih budak2 takkan abi pasang si Astro kat umah tu. Budak2 tu kalau ada Astro, alamatnya ber'kartun'lah mereka dari pagi hingga ke petang@malam di hujung minggu. So daripada abi dok memekik dan pening kepala ngan mereka lebih baik diboikot saja menatang tu. Lagipun selagi masih nampak channel tv1,tv2 & tv7 rasanya tak ketinggalan lagi abi dengan arus perdana Malaysia. Internet kan ada!
Astro kalau nak dikira dah kira kaya raya. Boleh dikatakan semua orang atau semua rumah pakai astro. Rumah kayu, buruk dan hampir nak roboh pun masih pakai astro. Mana tak kaya astro. Orang miskin pun melanggannya! Mungkin suatu ketika dahulu orang Malaysia tergila2 kan Akademi Fantasial. Itu sebab mereka melanggan takut terlepas nak tengok siapa yang kena reject dan nangis sama2. Alahai.....
So, kalau takde tv tu nampak sangat syadidnya (ortodoks). Biarlah abi berpada dengan yang ada. Sekadar untuk anak2 abi melepaskan zaman kanak2 nya dengan dunia kartun mereka di hujung minggu.
Sori Astro sebab tak jadi 'teman setia anda'.