Sunday, October 30, 2011

The leader

wajah-wajah murid SAIS yang merupakan tunggak negara suatu masa nanti

"lelaki itu lebih kuat daripada perempuan"- mafhum ayat Al Quran. Merekalah yang lebih layak menjadi pemimpin berbanding dengan perempuan terutamanya dalam menyentuh soal-soal pentadbiran negara.

Pemimpin itu mestilah bermula daripada bawah. Ya, ramai di kalangan kita yang setuju dengan ungkapan sedemikian. Ianya harus bermula dengan proses pentarbiahan dan pendidikan sejak di bangku sekolah lagi.

Sifat kepimpinan itu harus diterapkan di sekolah dan di rumah lagi. Terpulanglah kepada ibubapa dan guru-guru untuk menaruh kepercayaan dan harapan buat anak-anaknya dan murid-muridnya. Jika di rumah, seharusnya nilai kepimpinan itu diterapkan kepada anak sulong untuk menerajui dan memimpin adik-adiknya yang lain apatah lagi dalam menonjolkan akhlak yang mulia.

Seringkali kita dengar bicara orang-orang tua, si adik akan lakukan apa yang dibuat oleh abangnya. Itulah yang dinamakan sebagai abang guru kepada adik. Kalau si abang berperangai baik maka InsyaAllah adik-adiknya akan mengikuti jejak abang sulongnya.

Tuesday, October 25, 2011

Tagging mentagging

Hari ni dah masuk hari ke 2 abi buat kerja tagging mentagging alatan sekolah. Rasanya esok siaplah kerja2 tu. Saper kata sekolah baru duduk rileks....hu hu hu ...

Sekolah baru lah yang paling banyak kerja kena buat. Buat itulah ...buat inilah...semuanya bermula dengan kosong.

Nasib baiklah abi kerja tak berseorangan. Teman partner abi adalah cikgu Rizal Basaruddin. Orang dari Gombak. Rajin kerja si mamat ni. Dia tu adalah guru ICT sekolah.

Tak semudah yang disangka. Nampak senang buat kerja tapi "bapok" susahnya. bukan sekadar spray ikut suka hati saja. Tapi perlu ada SENI dalam spray. Silap spray maka akan kena tempat yang tak sepatutnya dispray. Ataupun akan meleleh cat spray tu pd tulisan. Pendek kata bukan senang!!

Yup!esok pagi sambung spray lagi di pagi raya Deepavali. Warga sekolah semua cuti.Cuma kami jer yg kerja.....

Tak semua orang dapat rasa pengalaman camni. Hanya orang tertentu saja yg dapat rasa.

Saturday, October 22, 2011

jaulah fi Langkawi

dalm cable car...tobat dah...abi tak naik lagi menatang ni....gayat sampai nak tercabut jantung

makan burger di puncak bukit. Nak kasi hilang gementar. Harga 1 burger RM 4

skybridge....langkawi...tobat dah abi taknak naik lagi...gayat oiiiiii

di Underwater world, Langkawi....mai-mai pilih ikan

LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan)

geng mat hensem dari SAIS...di sebelah kanan abi, cikgu Saifulddin (PK1)....spoting orangnya

barisan pendidik SAIS (SM Sains Setiu) bergambar di hadapan SMS Tuanku Syed Putra



Lokasi: Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.