Sunday, October 30, 2011

The leader

wajah-wajah murid SAIS yang merupakan tunggak negara suatu masa nanti

"lelaki itu lebih kuat daripada perempuan"- mafhum ayat Al Quran. Merekalah yang lebih layak menjadi pemimpin berbanding dengan perempuan terutamanya dalam menyentuh soal-soal pentadbiran negara.

Pemimpin itu mestilah bermula daripada bawah. Ya, ramai di kalangan kita yang setuju dengan ungkapan sedemikian. Ianya harus bermula dengan proses pentarbiahan dan pendidikan sejak di bangku sekolah lagi.

Sifat kepimpinan itu harus diterapkan di sekolah dan di rumah lagi. Terpulanglah kepada ibubapa dan guru-guru untuk menaruh kepercayaan dan harapan buat anak-anaknya dan murid-muridnya. Jika di rumah, seharusnya nilai kepimpinan itu diterapkan kepada anak sulong untuk menerajui dan memimpin adik-adiknya yang lain apatah lagi dalam menonjolkan akhlak yang mulia.

Seringkali kita dengar bicara orang-orang tua, si adik akan lakukan apa yang dibuat oleh abangnya. Itulah yang dinamakan sebagai abang guru kepada adik. Kalau si abang berperangai baik maka InsyaAllah adik-adiknya akan mengikuti jejak abang sulongnya.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.