Friday, November 18, 2011

pantang menyerah


Pantang menyerah sebelum berundur. Begitulah prinsip yang dipegang abi dalam menghadapi situasi kini dalam usaha memastikan agar ummi dapat pindah ke Terengganu.

17 November- abi berangkat bersama-sama rakan setugas (Ust. Khairul Azman, GPK Kemanusiaan) dan Mohd Fakaluddin Jusoh (kaunselor SM Sains Setiu) untuk pergi ke Putrajaya bagi membuat rayuan isteri. Bermalam sekejap di rumah (Pekan) Ust Khairul bagi menghilangkan penat lelah dan mengcas semula bateri badan yang kian habis.

Jam 7 pagi abi bersama dua rakan yang lain meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Lebih kurang jam 11 pagi tibalah di pejabat/perkarangan KPM. Selepas mendaftar di buka rekod pelawat, terus abi dipanggil oleh salah seorang staf pejabat di situ untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat (perbincangan). Terkejut abi apabila melihat pegawai yang mengendalikan kes rayuan itu adalah berbangsa Cina. Mana pergi MELAYU/pegawai jQAF yang lain ???!!! Dah bercuti???huh!macam budak sekolah cuti..

Hampa yang teramat sangat apabila pegawai tadi mengatakan bahawa tiada rayuan buat masa ini. Keputusan sebagaimana dalam internet MUKTAMAD. Walaubagaimanapun, dia mengatakan akan menerima surat rayuan agar tidak mengecewakan orang yang hadir!

Begitulah keadaannya bagi yang nak pergi membuat rayuan. Skema jawapan yang sama keluar dari mulut pegawai/penjawat awam di KPM setiap tahun. Memang rasa sedih sungguh dan sakit hati dengan jawapan yang diberikan.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.