Tuesday, January 29, 2013

Rotan jalan ke syurga

Rotan adalah sebaik-baik alat untuk sampai ke syurga. Mengapa demikian ?? Tidak bolehkah benda lain ?? kayu ke...besi ke...dll..

Ya itulah sebaik-baik alat untuk mendidik dan mentarbiah anak-anak waimma anak kita atau anak didik kita. Lihatlah guru-guru era 70 an - 90 an mendidik murid mereka. Tidakkah mereka ini memiliki rotan setiap seorang ?? itulah senjata yang ampuh untuk mendidik dan melembutkan hati-hati khususnya dalam membina insan yang berdiplin dan bersahsiah luhur.

Tidak hairanlah orang-orang zaman dahulu walaupun tidak berpelajaran tinggi tetapi mereka ini mempunyai budi pekerti yang luhur. Tahu menghormati guru-guru, orang-orang tua malahan ibubapa mereka. Itulah hasil yang lahir daripada sebatang rotan.

Pernah anda merasa rotan ?? Jika ya, anda adalah seorang yang bertuah kerana menerima proses tarbiah daripada sebatang rotan.

Ingat dengan rotanlah kita pandai mengaji alif ba' ta'....


Sunday, January 27, 2013

Bantuan awal persekolahan 2013

sentuhan jari jemariku ....


i'm not a robot

Kekadang orang tersalah tafsiran kepada abi (abi fikir la...) Hampir semua benda @ perkara orang bagi pada abi. Tapi kenapa orang yang layak memegangnya tidak pula diberikannya ??? Ohhh! terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh semua kepada abi.

But ! i'm not a robot. I can't do everything at one time. My head is one and i think with my otak yg satu...(sorry my bad english). And hopely my objective is understanding for reader.

So, as a human  i made mistake. I'm not a robot !!


Sunday, January 20, 2013

Intai-intai alam ghaib

Nampaknya alam misteri di bumi SAIS (SM Sains Setiu) tak berhenti begitu saja pada pendapat abi. Ianya pasti dan pasti tidak akan hinggalah kiamat  menjelma. Catatan ni bukan untuk menakut-nakutkan si penghuni @ murid2 abi @ warga SAIS. Hanya sekadar perkongsian pengalaman yang ada....

Suatu ketika abi pergi mendapatkan @ sembang2 kosong dengan seorang pelajar S (bukan nama sebenar). Abi bertanyakan dia tentang alam ghaib yakni alam jin yang dia kekadang nampak dengan matanya @ dibukakan hijab oleh Allah Ta'ala. Waduh...waduh...masyaAllah dia bisa melihat dan berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib. Benda2 sebegini tak pernah abi jumpa semasa bekerja di bumi kenyalang suatu ketika dahulu. 

Abi tanyakan pelajar S apa kisah di sebalik cerita2 misteri @ histeria yang sering berlaku di sekolah suatu ketika dahulu. Pelajar S memberitahu bahawa macam2 yang dia nampak. (makhluk jin la). Ada yang berbadan besar sebesar bas, ada yang seperti harimau, ada yang berwajah hodoh dan sebagainya. Pendek kata semua dillihatnya. Nasib baiklah Pelajar S ni takde histeria !!

So, pada hemat abi la kita tidak dapat lari daripada makhluk halus ni. Maknanya kat mana2 pun ada makhluk halus. Ada yang baik dan ada yang jahat. Cuma atas izin Allah lah yang memberikan kesan kepada manusia. Jika manusia berbadan "lemah" maka akan cepatlah@mudahlah benda2 tu mengusik @ menakutkan mereka.


Yang penting bagi kita ialah perkuatkan diri dengan amalan kerohanian berupa zikir dan amalan2 sunat. Bacalah ayat2 pendinding yang dicedok daripada Al quran & hadis. InsyaAllah semua itu akan menjadi senjata ampuh bagi mukmin.

Tuesday, January 15, 2013

status terkini ASB ASN

nak tau tentang status terkini ASB / ASN klik link dibawah ni

http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/status-terkini-asb-dan-asn-masih-tidak-patuh-syariah/359877046082

http://azwananuar.com/nurislam/majlis-fatwa-negeri-selangor-asb-haram.html

Thursday, January 10, 2013

Bilik Tayangan

Tahun ni abi ditugaskan untuk menjaga bilik tayangan. First time dalam perkhidmatan ni jaga bilik tu. Tak tau nak jaga macam mana. Cuma sekadar nak hilangkan habuk tu dapatlah. Satu lagi bilik bahasa pun abi kena jaga juga. Ada dua makmal yang kena sama2 jaga. Nasib baiklah ada partner lain, cikgu Perancis.

diambil daripada pssskbtum.blogspot.com - hiasan 



Kalau setakat jaga tu, InsyaAllah dapat cuma kalau nak hias2 tu sori lah. Abi tak pandai bab2 macam tu. Terpaksalah cari orang lain..

Wednesday, January 9, 2013

warden asrama





suasana rocall di pagi jumaat

Kini dah masuk hari ke 9 abi jadi warden asrama. Kalau nak kira dah lama bersara dari arena warden ni. Tapi apakan daya seruan kembali semula daripada pihak pengurusan untuk abi berkhidmat sebagai warden asrama pada tahun ini.

Tak taulah abi daya ke tak daya nak layan karenah bebudak ni. Umur dah makin meningkat. Badan pun sakit sana sini. Naik tangga asrama yang tiga tingkat pun dah rasa sempuk. Tak dapat nak bercakap bila panjat tangga tinggi.Bila dah 5 minit berlalu barulah dapat bercakap dengan orang! Dah tua pun abi ni....

Kali ni ditugaskan untuk menjaga asrama & bebudak rumah Kuning. Asrama rumah kuning sini dipanggil Abu Bakar As Siddiq. Nama tu abi & the geng yang mula2 letak nama. Kalau Umar Al Khattab mewakili rumah merah, Ali Abi Talib mewakili rumah hijau dan Uthman Al Affan mewakili rumah biru.

Ya Allah abi mohon kekuatan daripadaMu untuk bekerja sebagai warden asrama pada tahun ini. Amin
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.