Nampaknya alam misteri di bumi SAIS (SM Sains Setiu) tak berhenti begitu saja pada pendapat abi. Ianya pasti dan pasti tidak akan hinggalah kiamat menjelma. Catatan ni bukan untuk menakut-nakutkan si penghuni @ murid2 abi @ warga SAIS. Hanya sekadar perkongsian pengalaman yang ada....
Suatu ketika abi pergi mendapatkan @ sembang2 kosong dengan seorang pelajar S (bukan nama sebenar). Abi bertanyakan dia tentang alam ghaib yakni alam jin yang dia kekadang nampak dengan matanya @ dibukakan hijab oleh Allah Ta'ala. Waduh...waduh...masyaAllah dia bisa melihat dan berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib. Benda2 sebegini tak pernah abi jumpa semasa bekerja di bumi kenyalang suatu ketika dahulu.
Abi tanyakan pelajar S apa kisah di sebalik cerita2 misteri @ histeria yang sering berlaku di sekolah suatu ketika dahulu. Pelajar S memberitahu bahawa macam2 yang dia nampak. (makhluk jin la). Ada yang berbadan besar sebesar bas, ada yang seperti harimau, ada yang berwajah hodoh dan sebagainya. Pendek kata semua dillihatnya. Nasib baiklah Pelajar S ni takde histeria !!
So, pada hemat abi la kita tidak dapat lari daripada makhluk halus ni. Maknanya kat mana2 pun ada makhluk halus. Ada yang baik dan ada yang jahat. Cuma atas izin Allah lah yang memberikan kesan kepada manusia. Jika manusia berbadan "lemah" maka akan cepatlah@mudahlah benda2 tu mengusik @ menakutkan mereka.
Yang penting bagi kita ialah perkuatkan diri dengan amalan kerohanian berupa zikir dan amalan2 sunat. Bacalah ayat2 pendinding yang dicedok daripada Al quran & hadis. InsyaAllah semua itu akan menjadi senjata ampuh bagi mukmin.
10 hours ago
No comments:
Post a Comment