ikan-ikan Gupi yang menjadi kegilaan abi masa kini...sikap dah kembali ke zaman budak2 semula
Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahaiMuhammad! Siapakah yang
berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk
hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari
rezeki yang dikurniakannya (al-A’raf: 32).
Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kuda, baghal dan keledai dijadikan
untuk kamu menungganginya dan sebagai perhiasaan (al-Nahl: ayat 8).
Ayat ini memberi maklum bahawa Allah s.w.t. menjadikan
haiwan,tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia,
maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua
keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka
larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada
penggunaan yang salah dan sebagainya.
Menikmati keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit
berwarna-warni tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknya
jangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkan
barang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dan
keluarga untuk kehidupan mereka.
Jika bunga yang berwarna-warni dalam pasu dan taman-taman harus
dinikmati keindahannya, pokok-pokok yang indah segar harus dimiliki,
sekalipun jika terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran. Mengapa keindahan
ayam serama, ikan emas dan burung pipit tidak boleh dinikmati.
Menyekat kebebasan burung dalam sangkar tidak harus menjadi alasan
pengharaman, kerana pokok-pokok bunga juga dikawal kebebasannya dalam
pasu dan bekas-bekas kecil.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan: Bukan semua perkara yang
menyenangkan hati itu dibenci Islam, bukan juga sesuatu yang disukai
hati manusia itu buruk, tetapi dilarang mengambilnya jika syarak
melarangnya kerana membawa kepada riak dan sombong. Insan memang sukakan
sesuatu yang indah, suka supaya dilihat dirinya cantik, oleh itu
mencari sesuatu yang disenangi jiwa tidak dilarang. Seseorang harus
menyikat rambutnya dan tidak harus membiarnya kusut masai, menilik
mukanya dalam cermin, membetulkan serbannya yang tidak cantik
dilihat,memakai kain tebal di sebelah dalam dan memakai yang halus di
sebelah luar supaya senang hati orang melihatnya (Jami’ al-Ahkam, 7/97).
Berpandukan mukadimah ini, kita dapat menarik kesimpulan, iaituIslam
tidak menentang sebarang perhiasan, perniagaan dan penggunaan
barang-barang hiasan. Antara perhiasan termasuklah ayam serama, burung
pipit dan ikan emas yang dibela untuk hiasan rumah.
Haiwan ini harus dibela, dijual dan diniagakan, tetapi hendaklah dengan syarat-syaratberikut:
1. Tidak bermaksud untuk berbangga dan bermegah-megah, sebagaimana
adat orang mewah dan berada. Hukum pengambilan barang-barang hiasan itu
bergantung kepada niat.
2. Jangan lekakan tanggungjawab kita kepada Allah seperti solat,
tanggungjawab kepada keluarga, disebabkan oleh pembelaan haiwan dan
sesuatu yang berupa hiasan.
3. Jangan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara seperti memberinya makan, minum dan keselamatannya.
Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap
haiwan, baginda rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita
yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan
penjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas ibnMalik
r.a. katanya: Baginda rasulullah s.a.w. adalah insan yang paling baik
akhlaknya, baginda selalu datang ke rumahku dan selalu bertanya adikku
Umair. Pada suatu hari, baginda datang dan bertanya: Oh AbuUmair ke mana
perginya burung kecil engkau? Dijawabnya, burung masih dalam
peliharaannya.
Melihat kepada hadis di atas jelas kepada kita bahawa nabi s.a.w.
tidak melarang memelihara burung. Ini menunjukkan boleh memeliharanya.
Jika perkara ini hukumnya haram, nescaya nabi s.a.w telah melarangnya
dan menyuruh melepaskan burung tersebut.
Al-Damiru dalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas
menjadi dalil harus memelihara burung dan berhibur dengannya. Berkata
Abu al-Abbas al-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannya
dalam sangkar. Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnya
haram, kerana nabi s.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali kerana
sembelih untuk dimakan sahaja.
Ibn Aqil al-Hanbali melarang menyekat burung dalam sangkar, kerana
cara itu adalah suatu penyeksaan terhadapnya. Beliau mengambil
dalilnyadaripada hadis Abu al-Dard’ r.a. yang menyatakan: Pada hari
kiamat akan datang burung-burung pipit, lalu membuat aduan kepada Allah,
keranamanusia menyeksanya semasa di dunia dahulu.
Alasan ini dijawab oleh sesetengah ulama, iaitu hadis ini dituju
kepada mereka yang menyeksa dan tidak memberinya makan dan
minum.Al-Qaffal menyatakan, jika haiwan iaitu diberinya makan minum yang
cukup, nescaya harus dibelanya.
Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Damiri yang mengharuskan bela
burung, ayam dan ikan untuk hiasan, dengan syarat hendaklah dijaga
dengan cukup makan minum dan keselamatannya. Wallah a’lam.
dipetik dari: salafytobat blog
6 hours ago
No comments:
Post a Comment