Beginilah rupa surau baru setelah dibesarkan semula untuk memuatkan pelajar SAIS yang semakin bertambah. Di sini lah segala ilmu agama dicurahkan oleh para ustaz & ustazah kita dalam mendidik dan mentarbiah anak2 SAIS.
Rasanya tiada lagi alasan atau kedengaran surau yang sempit dan panas. Alhamdulillah selesa sudah untuk beramal ibadat...tinggal saja lagi keinginan untuk melangkahkan kami ke rumah Allah ini. Betul tak anak2 SAIS ?
Setiap hujung minggu akan ada pengisian oleh ustaz-ustaz kat sini. Beruntung la budak-budak sini. Cuma yang tinggal lagi adalah untuk mempraktikkan sahaja agama itu dalam diri.
surau At Taqwa sebelum direnovatekan
Bonda Pengetua sedang memberikan pengisian "asrama terbilang" kepada anak2 SAIS
Teringat kata2 En. Anuar Adnan (KPP SBP) bahawa setiap perkara@aktiviti itu bermula di surau. Hendaklah dibersihkan jiwa murid itu bermula di surau. Kalau jiwa mereka bersih maka mereka akan mudah untuk belajar