Tuesday, January 31, 2017

Isteri berzina mati nazak

Kisah ini diceritakan kepada oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya. 

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung. Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris. 

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari. Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya. Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. 

Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah. Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu. Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. 

Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya. 

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak. Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja. 

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri. Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. 

Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu. 

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya. 

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi. 

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali. Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu. Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. 

Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak. Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. 

Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar. Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak. Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah. 

SUMBER : MACAM-MACAM ADA

Monday, January 30, 2017

Ikan Singgang

Ikan Singgang cukup sinonim namanya bagi orang Pantai Timur. Kalau Oghe Kelate atau Teganung tak kenal menu masakan ike sinnge ni baik tak yah jadi anak kelate atau teganung. 


ihsan mr google 

Ianya cukup ringkas dan mudah untuk membuatnya.Tak perlu tumis menumis. Hanya campak jer beberapa bahan dalam air yang mendidih...

Nyuummmm...memang sedap ehhh..

bahan2: 
2@3 hiris lengkuas
2 keping asam gelugor 
manisan 2 kerat kecil 
seulas bawang putih - potong nipis
seulas bawang merah
garam
gula 
ikan kembong

cara membuat: 

masakkan air dalam periuk hingga mendidih. Bila mendidih tu masukkanlah bahan2 tadi sekaligus. 
Jangan lupa rasanya sebelum tutup api. yang penting ada rasa masam manis..hehe...

Bila siap tu, sediakan pula budu dan lada.Perah asam limau dalamnya....pergghhh!! memang meleleh air liur.

ihsan mr google

selamat mencuba.

#hanya untuk rekod masakan saja

minggu silatur rahim form 1

Alhamdulillah puji dan syukur hanya kepadaMu Ya Rabb...

Pelajar form 1 telah mula mendaftar pada 4 Jan yg lepas. Walaupun dalam keadaan banjir yg melanda pantai timur khususnya Kelantan dan Terengganu, ianya tidak mematahkan semangat ibubapa untuk datang ke SAIS bagi mendaftar anak mereka. Seramai 50 orang lebih pelajar telah mendaftar pada waktu itu. 

Amat malang juga bagi sesetengah guru tidak dapat hadir bertugas pada waktu itu dek kerana tersekat oleh banjir. 






















Sunday, January 29, 2017

saisthon



















Air Tawar@Penawar

Minggu lepas, hari terakhir persekolahan abi diminta oleh seorang sahabat supaya merawatnya. Keadaannya yang berasa sakit di belakang leher, rasa berat dan pening hingga moodnya berubah untuk melakukan kerja seharian. 

Abi membuatnya air penawar dengan beberapa doa dan ayat2 ruqyah untuk kesembuhannya. 

Moga Allah sembuhkan sahabat abi ini daripada kecelakaan yang menimpanya. Amin.

Semalam punyer citer.....

Ada lagi orang minta abi buatkan air tawar untuknya dan perlindungan rumahnya dari gangguan.

Rumahnya diganggu...pernah satu malam dia terdengar ada orang meniaga ikan kat rumah quatersnya. Dia berada di tingkat 6. Yang anehnya dari mana datangnya peniaga ikan itu kerana setahunya tempat itu dikawal rapi oleh jaga (askar navy). 

Tak pernah sebelum tu ada peniaga ikan di situ. Ohh lupa pulak nak bagitau dia (gadis) itu menginap bersama suaminya di quaters Navy. Dan citer nya berlaku semasa ketiadaan suaminya. 

Ada lagi citer pelik2 macam terdengar bunyi lah...sehingga menyebabkan dia rasa takut.

#abi hanya menolong, kuasa Allah jua lah penentu segalanya...

'alaihi tawakkaltu wa ilaihi unib....

berperangai aneh

Seorang sahabat meminta tolong abi rawatkan salah seorang muridnya yang berperangai aneh. Aneh dengan erti kata lain perangainya tak sama macam dulu. kalau dulu dia (gadis) adalah seorang yang menjaga adabnya dengan orang tua. Sopan dan baik tingkah lakunya. 

Tapi kini semuanya telah berubah. Bercakap kasar dengan ibubapanya hatta dengan orang tak dikenali pun dia bercakap kasar juga. Ada juga kekadang tu yang peliknya dia bercakap seorang diri, terdengar bisikan ke telinganya. Seolah2 ada orang yang berbicara dengannya. Pernah juga berlaku ke atas diri gadis tersebut mandi dalam bilik air begitu lama. Lebih daripada 1 jam. Hingga membangkitkan kemarahan orang tuanya.

Atas inisiatif ibusaudaranya maka sigadis tersebut telah saya rawatkan dan memang ternyata ada terkena gangguan gangguan makhluk halus. Walaubagaimanapun, semasa proses rawatan makhluk tersebut mendiamkan diri dan tidak ingin berkomunikasi dengan mu'alij (abi@perawat)..hinggalah akhir rawatan tiada apa2 respon daripada makhluk tersebut. 

Di akhir sesi rawatan abi nasihatkan@memberi tazkirah agama tentang keadaan seseorang itu dirasuk@dikacau makhluk halus. Perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT dan yang paling penting sekali adalah kesabaran yang tinggi apabila diuji dengan perkara sedemikian.

Abi memberikan beberapa ayat sebagai penawar kesembuhan daripada gangguan tersebut dan perlu diamalkan dalam tempoh seminggu.

#Setiap penyakit itu ada ubatnya,berusaha dan berikhtiarlah untuk mendapatkannya.Moga ada kebaikkannya.

Thursday, January 26, 2017

perlu sabar dalam berubat


ihsan dari google



Abi mendatangi seorang pesakit remaja yang mana dipercayai oleh bapanya bhw ada terkena makhluk halus . Semenjak dua menjak itu remaja tersebut seolah bertindak di luar kawalannya dan keluarganya merasakan bhw kelakuan itu bukan daripada remaja tersebut.
Dipendek citer@filem....selepas sesi merawat si bapa seolah merasa tertekan dengan nasib anaknya yang menghidap penyakit ganjil itu.
Merawat itu ada tahap untuk kesembuhan. Ada orang tu dengan sekali baca ruqyah jer dah sembuh. Ada orang tu beberapa kali ruqyah dan ulang alik merawat baru lah sembuh. Bergantung kepada keadaan pesakit.
Yang pentingnya dalam situasi begini, sipesakit atau ahli keluarga kena lah bersabar atas musibah yang melanda. Semuanya datang daripada Allah. Kita hanya perlu berikhtiar dan berserah pada Allah bila akan sembuh.
Macam kita makan ubat batuk, jarang orang sembuh dengan sekali makan ubat jer. selepas 4 atau 5 kali makan ubat baru lah sembuh. Begitulah kisahnya dalam hal merawat ni. sama macam makan ubat.


wallahu'alam

warded

warded from 23-25 January...

get well soon.

Monday, January 23, 2017

Cuti Rehat I bagi tahun 2017

Hari ni abi cuti rehat untuk pertama kalinya pada tahun 2017. memandangkan kesihatan ummi yang semakin meruncing itu terpaksa abi ambil cuti dan bawakannya untuk berjumpa doktor. 

Anak kecil abi yang sorang lagi tuh pun demam sejak dari kelmarin lagi. Tak senang nak tidur. Badan asyik panas jer. Kejap panas kejap sejuk. Nasib baiklah ada ubat demam lg dalam peti ais tu. Hari ni dia tak pergi ke sekolah. Tinggal sama abi di rumah.

Alhamdulillah 'ala kulli hal atas musibah yang menimpa kami sekeluarga ini. Moga ada khair@kebaikannya...

Saturday, January 21, 2017

di sebalik musibah

Sekarang ni musim tengkujuh @banjir di Terengganu. Kelmarin, Setiu dah dilanda banjir. Sekitar Bandar Permaisuri (jalan utama berhampiran Kedai Zua) dinaiki air separas betis. Akibatnya ramai keter terpaksa parkir di tepi bahu jalan. Tak berani nak lintas air.

Tapi bagi lori n keter Hilux atau keter yang tinggi perutnya selamba jer lintas air bah tu.

semalam sempat pergi tengok air kat jalan utama situ. Dekat kedai Zua. 

Jalan utama Sg Tarom - Bandar Permaisuri 

Ada juga lori yang menyediakan perkhidmatan angkut keter. Dengar citer RM100 sekali angkut sampai ke seberang sana. Bagi mereka yang sayang pada keter mereka spy tak kena air banjir boleh la guna khidmat ni.

Keter kalau dah masuk air kat tempat sensitif, memang banyaklah kena bayar kalau rosak gak!

Tapi apa pun yang melanda bumi ini, harus dilihat melalui 2 persepsi, pro n kontra. Mungkin banyak kontranya tapi tak dapat dinafikan pro nya pun ada. 

Mungkin sebahagian makhluk Allah ada yang rasa gembira dengan kehadiran hujan ini. Mereka perlukan air sentiasa untuk kehidupan. Cuba lihat pokok2 atau tumbuh2an...mereka akan rasa gembira dan ceria bila ada hujan. Mungkin kita tak tahu kegembiraan mereka tapi itulah hakikatnya ...

Kalau tiada hujan, sudah tentu mereka kekeringan dan tercari2 atau tertunggu2 bila hari nak hujan.



Friday, January 20, 2017

sup daging

Sebagai rujukan tatkala lupa....

Sup daging yang ringkas. campak2 jer...

Rebus daging dengan sup bunjut, tunggu hingga mendidih.

Pastu pada masa yg sama tumis bawang putih,merah n besar serentak...

Bila dah siap bahan tumisan tu, masukkan dalam air yang bercampur daging tadi.

Letak sedikit halia. 2 3 hiris cukup lah. Kalau ada kentang lagi bagus.letak dalam tu. Suka hati la berapa biji nak lahap... :) 

Jangan lupa garam n gula secukup rasa.Nak rasa pedas2 sikit bubuh lada 2 biji.Jangan bubuh banyak takut anak2 tak dapat makan.

Pastu rasa2 lah sebelum tutup api dapur tu.

Bila dah siap, pi cari daun sup dan daun bawang. Hiris kecil2 dan letak dalam sup time nak makan...nyummmm2

Alhamdulillah dan selamat mencuba.

#dapur ringkas abi

Monday, January 16, 2017

busy semacam jer

Bila dah dapat skop keje,huhu rasa macam bertimbun2 datang...start daripada keje rumah Abu Bakar hinggalah dapat keje untuk uruskan guru kelas pula. key in data budak kat apdm dan lain2 lagi. Belum fikir lagi bila la nak hias kelas sbb bulan dua ni dah nak masuk pertandingan....

Duk SBP ni gitulah..cikgu2 kena kental fizikal n mental. Silap haribulan boleh  G   I    L    A ....nauzubillahi min zalik..

ok lah ..sambung kerja dulu

Thursday, January 12, 2017

siapkan apa yang patut

Sehari dua ni ruang masa yang ada banyak abi habiskan dengan menyiapkan RPH (Rancangan Pengajaran Harian) yang kena hantar pada khamis ni. Banyak juga kena adakan yang tiada. Entahlah ada ke tak. Tapi kot2 mana pun yang wajib ada kena adakan juga. 

Tapi memang abi buat cool jer. Yang penting rancangan harian siap dan rancangan tahunan siap. yang lain2 mcm nama budak2, surat pekeliling,.... yang tu kita siapkan kemudian. Hari ni dah nak hantar!

Kena hantar juga hari ni. Malas nak bertangguh. Kalau bertangguh nanti banyak yang kena buat lagi.


Cikgu2 lain pun napak busy semacam jer blake. Memang kena press kami ni. Tak press takkan menjadi. Tapi jangan la press kuat2 dan banyak2..huhu

Monday, January 9, 2017

tahun 2017 penuh cabaran atau debaran?

Assalam....

agak lama tak mengupdate blog ceritaabi ni.Bulan disember 2016 langsung tak dijengok. Macam anak tiri jadinya.

Apa pun menulis di blog ni hanya untuk kepuasan diri. Bukan untuk orang lain sebenarnya. kalau orang lain baca dan ada info yang bermanfaat dan menarik, alhamdulillah silakan...

Tapi kalau korang baca dan tak puas hati dengan apa yang abi tulis ni,,,,korang boleh blah! amboi bekengyaaa...bukan bekeng tapi tak mau bbaloh nga orang.Korang yang tak suka blog ni, boleh lah cari blog lain untuk kepuasan diri korang. Sekian, terima kasih. Tak nak panjang2 citer.

Tahun 2017, seakan dah nampak bayangannya. Bayangan kerja yang abi rasa agak banyak dan tercabar. Tercabar dengan cabaran yang diberikan oleh pihak pengurusan.

Posisi baru tahun ni adalah terpaksa handle Rumah Abu Bakar (rumah kuning).huhu. Sebelum ni jadi bendahari jer. Tahun ni diberi jadi ketua pulak! Apa nak jadi, jadilah. Buat setakat yang termampu dan jangan sampai membahayakan diri. Sakit demam kita keluarga juga susah, bukannya orang lain.

So, tahun ni adalah tahun cabaran yang penuh dengan debaran. Berdebar rasa jantung hati dapat tak abi laksanakan apa2 tugasan yang ditaklifkan pd abi ni.

Usia dah meningkat. Kepantasan betindak dan berfikir agak kurang.
Itulah kita yang semakin hari semakin tua.Bukannya semakin muda!


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.