Wednesday, July 26, 2017

Perkhemahan Perdana di Kekabu Inn

Perkhemahan Perdana bagi Unit beruniform pada tahun ini telah diadakan di Kekabu Inn,Setiu. Tau tak kat mana Kekabu Inn tu? Dekat je dengan SAIS ni. Ia terletak berhampiran dengan Peladang Agro Resort Setiu. Cuma kawasannya tak lah secantik Agro tu. Tapi yang best nya tempat di situ adalah sunyi dan jauh dari keriuhan...


 anak2 tak lepaskan peluang main air 

 we're frens....forever....cg Aziz n Us KA

 waktu sampai tu bebudak tengah buat gajet



duk sian ikan tepi gigi air...seronok nampak diorang ....macam itik baru jupo air

 Sungguh mmolep nampak si Idham tuh! :)

 diorang ni suruh masukkan dalam blog ceritaabi.....hehehe

bersama Udin n kawan2

Monday, July 24, 2017

ISTIGHFAR



Malam tadi study sampai jam 1230 pm. Study sebab esok kena bagi tazkirah@kuliyah Dhuha kepada students dan guru di surau dalam slot Islah Nurani. Fikir punyer fikir maka dapatlah tajuk "Istighfar". Tu pun nasib baiklah dah ada kat buku catatan.

Tajuk tu sepatutnya abi dah sampaikan pada beberapa minggu yg lepas tapi terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab. Cuma malam tadi tambah beberapa nota kaki kot2 la masa berbaki banyak lagi.

Sekadar perkongsian dengan ahli blogger yang lain...

Istighfar dari segi bahasa ialah mohon ampun dan tutup.

Maknanya ialah aku mohon keampunanMu Wahai Tuhan serta tutupilah aib ku ini.
Ya, kita ni adalah hamba Allah yang banyak melakukan kesilapan. Tapi tak bermakna kesilapan itu akan terus berpanjangan sampai ke mati.

Jadi, tidak dapat tidak seorang hamba Allah itu perlu mensucikan hatinya dengan ber'istighfar'. Pabila dia beristighfar maka hatinya akan jadi bersih dari segala kesalahan dan dosa. Bila hati bersih maka doa kita kepada Allah SWT akan dimakbulkan.

Sebagai penuntut ilmu @ pelajar adalah penting sekali menjaga diri daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. Hati yang dipenuhi dengan noda dan dosa akan susah untuk menerima ilmu Allah.

Wallahu 'alam.

Thursday, July 20, 2017

Kerja adalah Amanah

Ramai orang berkira terlalu berkira2 dengan kerja. Apa yang diberikan oleh bos kepadanya, terus dibandingkan dengan orang lain. Kenapa aku yang kena buat kerja tu? kenapa bukan dia?

Apabila kita terlalu berkira2 dengan kerja kita walhal memang itu yang sepatutnya kita buat maka kita takkan ikhlas. Bila tak ikhlas tak dapat pahala.

Kalau memang itulah kerja kita, kita patut dan wajib buat! kenapa nak ditinggalkan? Habis apa benda yang kita nak buat ?

Kalau tak buat kerja, maknanya kita makan gaji buta. Gaji buta is mean you dapat gaji tanpa buat apa2 kerja. Maksudnya you goyang kaki, akhir bulan you dapat gaji. Oh! kalau you penjawat awam you dapat around 25 hb setiap bulan.

So, kalau you tak buat kerja dan orang lain terpaksa menanggung kerja you bermakna you yang melakukan kezaliman. Why???kenapa? Sebabnya orang lain terseksa dengan kerja U....sedangkan dia pun ada kerja jugak macam U...tapi U selamber je pass kerja tu kat orang lain. Jika begitulah keadaan orang macam U patut dapat pengajaran daripada Tuhan. Biar Tuhan ajar U, baru U sedar...baru U tau tinggi rendah langit.

U dapat gaji buta bermakna gaji U haram. Camner U nak sara anak bini U makan gaji buta ker? U tak takut api neraka ker? Rasanya tak kan???is up to U bab tu...tapi abi rasa better U kembali ke pangkal jalan and jalani kerja sebagai Hamba Allah yang ikhlas.

Jangan tunggu Tuhan marah kat U,baru U nak sedar. Ambillah dan terimalah nasihat daripada orang sekeliling U tu. Mereka nak ingatkan U supaya jangan leka dan lalai.

U tau tak???U kan...bila masuk kerja, U layan U punya handphone.Sejam dua jam tak terasa bagi U. U tak penat ker duk melayan FB...Insta...twitter...bla..bla...bla...bila U dah rasa penat, U pergi pulak cari kawan untuk bersembang. Bersembang benda yang tak patut. Pasal jual beli hartanah la, kereta la, saham la, fesyen tudung la,,,,,,,,and then U gossip pulak sana sini...walhal benda tu ibarat U makan daging saudara U sendiri.huhu

So, insaflah kepada sesiapa yang suka duk goyang kaki kat tempat kerja.

Ok...sekian . nak balik kerja dulu.

Sunday, July 16, 2017

Surah At Thoriq

Alhamdulillah malam ni selesai jugak menghabiskan surah At Thoriq yang dah lama tak habis2 huraiannya bersama ahli qaryah Surau Al Falah.

Petang tadi semasa tengah mentelaah rasa menggelabah jugak lah takut ketandusan idea nak huraikan 2@3 ayat terakhir surah At Thoriq ni. Intai punya intai dapat lah point yg dapat menyelamatkan abi daripada ketandusan idea.

Abi bawakan kisah Ashabul Kahfi dan perancangan jahat orang kafir Quraisy yang nak bunuh nabi. Sesuai dengan 3 ayat terakhir surah tersebut.

Apa perancangan jahat orang Quraisy? Korang tau tak?

Ni abi nak share sikit.....

Malam sebelum nabi hijrah, pemuda2 gagah@kaki samseng berkumpul dan mengepung rumah nabi SAW. Hasrat mereka nak bunuh Nabi. Plan mereka begitulah hasil idea jahat Abu Jahal dan disokong oleh Iblis yang menyamar jadi manusia.

Malam tersebut, sebelum nabi keluar nabi ambil segenggam pasir dan melemparkan ke atas mereka. Lalu Nabi SAW dapat keluar dengan aman tanpa mereka sedari. Huhu...heybat lagi perancangan Allah walaupun mereka dah merancangnya!

Citer kedua ketika Abu Jahal nak menghempap batu ke kepala Nabi SAW tatkala mana baginda sedang sujud kpd Allah 'Azza wa jalla. Abu Jahal terpaku dan tak dapat nak tunaikan hasratnya untuk melihat kepala baginda Rasulillah berkecai. Apa yang berlaku???

Abu Jahal terpaksa berundur dengan muka yang pucat dan ketakutan. Apabila ditanya beliau menjawab ternampak seekor unta yang sangat besar hendak menendangnya dengan kaki. Oleh kerana itu lah beliau berundur diri...haaaa baru tau heybatnya Allah dan perancangannya.

Ok lah setakat ni dulu untuk perkongsian....

Selamat beristirehat!

Friday, July 14, 2017

Adik Faiz

Saya berasa malu mendengar kisah adik Faiz bin Ibrahim, pelajar cemerlang yang mendapat 10 Mumtaz dalam peperiksaan STAM 2016. Beliau walau tidak sempurna seperti orang lain amat menjaga hubungan dengan Allah dengan selalu bersyukur padaNya.

Beliau mempunyai idola yang mana idolanya ialah sesorang yang lebih teruk kecacatan dibandingkan dengan dirinya. Beliau termotivasi dengan nasihat dan kata2 ayahnya supaya beliau belajar dengan bersungguh2 kerana beliau tidak sempurna seperti orang lain. Tanpa ilmu beliau akan dianggap sebagai sampah dalam masyarakat. Dengan motivasi tersebut, beliau berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik seperti manusia sempurna yang lain.
Beliau dari darjah 1 hingga 3 mendapat tempat terakhir di dalam kelas..darjah 4 hanya lulus 2 subjek. Darjah 5 beliau berjaya mendapat 2A...dan atas usaha yang tak pernah jemu dan tawakkal yang hebat beliau berjaya memperoleh 4A 1B dalam UPSR.

Betapa kuatnya semangat untuk berjaya dan menjadi orang yang bermanfaat dalam masyarakat.
Beliau menulis jawapan exam STAM sehingga menitik darah di dagunya.😭😭😭😭.
Adik faiz menulis menggunakan dua jari yg ditolak dgn dagu beliau...Allahu...betapa hebatnya semangat beliau dan kuatnya iman adik Faiz.

In sha Allah..adik Faiz akan menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah bawah tajaan kerajaan Arab Saudi
Kecacatan adik Faiz tidak menghalang dirinya untuk berjaya walaupun 95% urusan harian diuruskan oleh ibunya. MashaAllah..anak yang hebat dan ibubapanya juga hebat.


Disebabkan oleh cerebral palsy...adik Faiz hanya buleh menggerakkan kepala dan boleh mengangkat tangannya sedikit sahaja tanpa boleh menggerakkan jarinya.

Video ini menunjukkan adik Faiz sedang membuat demo cara menulis...menggunakan 2 jari tgn kiri dan ditolak dgn dagu...hasilnya dia menulis satu doa mohon keampunan drpd Allah utk dirinya...Allahurobbi....😭😭😭😭😭
Beliau sgt menjaga hubungan dgn Allah...dengan sentiasa bersyukur 😭😭😭.

Bagaimana dengan kita? Kongsikan kisah adik Faiz dengan anak2 kita supaya mereka termotivasi untuk berusaha bersungguh2.

copy n paste...


Kek Lapis Sarawak


Alhamdulillah hati rasa sayu sebab seorang anak murid "Arfizi Safian" yang exsainsri telah menghantar beberapa "Kek lapis Sarawak" untuk  abi dan keluarga.

Sebenarnya Arfizi ni adalah anak murid abi pada tahun 2003(kalau tak silap). Asalnya dari sekolah lain dan menyambung ke tingkatan 4 di Sainsri. Banyak kenangan bersama beliau. Kini, beliau pun telah menjadi pendidik seperti abi juga di Kota Samarahan. Syabas Arfizi!

Bila makan kek lapis tu, fikiran abi mula lah teringatkan pelbagai kek lapis Sarawak time beraya di Miri dulu.6 tahun lepas. Memang best sangat kek lapis diorang. Macam2 perisa ada. Kalau pergi ziarah kat rumah kengkawan, ada la 2 3 jenis kek lapis diorang. Abi tak lepaskan peluang untuk menjamah kesemua kek yang dihidang atas meja.

Yang pastinya kek lapis diorang memang menggamit kenangan!

Syukran Arfizi atas hantaran kek tu. Sila tunggu hantaran balas pulak dari ustaz.

The Keropok!

yang pakai baju kaler pink(tengah) itulah anak murid abi...


Sunday, July 9, 2017

Sambutan Raya di SAIS
















credit to Muizuddin and team majalah sekolah

Saturday, July 8, 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SAIS





credit to Sir Naiman dan kru bertugas

Tuesday, July 4, 2017

Malam untuk berehat

ihsan dari google

Malam untuk berehat...berhentilah bekerja. Badan penat otak letih kerana seharian bekerja. Tumpukan pada keluarga dan amal ibadat kepadaNya...

Memang cantik sangat Allah SWT ciptakan malam tu untuk hambaNya berehat.

Tadabburlah maksud firmanNya:

"dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat. dan kami jadikan malam sebagai pakaian" ....surah An Naba' (9-10)

hari ini warga SBP dikejutkan dengan kematian seorang Pengetua SEMESTI. Arwah ditemui tidak sedarkan diri dalam keretanya pada jam 3 pagi. Sebelum tu, arwah telah keluar dari rumahnya untuk meronda2 kawasan sekolah dan berehat dalam keretanya lalu tertidur terus dan selama2nya.....

Al fatihah untuk arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Digolongkan di kalangan orang2 yang beriman. 

Cuma kita yang hidup ni, berpadalah dalam melakukan kerja.Jika badan letih, berehatlah. Jangan duk kacang sangat! (loghat kelate) kelak merana badan. Mungkin arwah dah sampai ajalnya begitu. 

Gunalah waktu malam sebaik mungkin.

SELAMAT MALAM

Monday, July 3, 2017

Perangkap tikus

perangkap yang dibeli RM8

kali ni dah masuk perangkap. Abi fikir ni kali kedua si mokkus ni masuk perangkap. Kali pertama masuk abi lepaskan saja dalam semak tepi rumah tu. Kali ni masuk rumah lagi. huhu...tiada maaf bagimu lagi.

Kali ni terpaksa campak dan buang daerah jauh2. Buang ke negeri pasir berdengung. Biar hidup ngan spesis hok sama jenis situ. Cari rumah baru pulak la situ.

Nok katok biar mapus sian sangat rasanya. Nak bagi makan racun tikus takut busuk rumah pula. Takut cari tak jumpa mana perginya. Last2 pikir buang daerah la.

Apa pandangan Islam tentang tikus ni?
Boleh bunuh tak?

Fatwa mengatakan bahawa tikus ini adalah salah satu makhluk perosak juga dan boleh dibunuh.

Tapi nak bunuh tu perlulah kepada ihsan dalam membunuh. Dengan erti kata lain nak bunuh biarlah mati cepat. Jangan siksanya lama2 seperti meletakknya di tengah panas atau pun menjirusnya dengan air panas dan sebagai nya.

Kalau nak pukul biarlah dengan sekali pukulan atau dua kali dan terus mati. Jangan sampai dia terazab sakit sebelum mati.

yang ni adalah salah satu teknik membunuh dengan cepat. tikus yang terkena jerat ini akan mati @KO terus

yang ni petua nak halau tikus:
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Inikan raya II

antara mereka yang bertamu ke teratak abi raya kali ini....

anak2 Ex Saisian 



keluarga Hazran N Zul 

Keluarga Ust Hakiman Al Ahmadi 

bersama baby "Hamra' "cg Hazran 

Saturday, July 1, 2017

Inikan raya

Raya tahun ni jatuh pada hari Ahad@1 Syawal. Umat Islam di Malaysia beraya 29 hari jer tahun ni. Biasanya 30 hari.

Raya pertama hngga kelima semua disambut kat rumah ayah bonda.
Cuma raya kedua dan ketiga pergi beraya kat Tumpat dan Palekbang...

Alhamdulillah jalanraya tak la jem sangat macam tahun2 sudah.
Biasanya time raya gini memang gerun dan menakutkan la sbb jem.



 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.