Friday, July 14, 2017

Kek Lapis Sarawak


Alhamdulillah hati rasa sayu sebab seorang anak murid "Arfizi Safian" yang exsainsri telah menghantar beberapa "Kek lapis Sarawak" untuk  abi dan keluarga.

Sebenarnya Arfizi ni adalah anak murid abi pada tahun 2003(kalau tak silap). Asalnya dari sekolah lain dan menyambung ke tingkatan 4 di Sainsri. Banyak kenangan bersama beliau. Kini, beliau pun telah menjadi pendidik seperti abi juga di Kota Samarahan. Syabas Arfizi!

Bila makan kek lapis tu, fikiran abi mula lah teringatkan pelbagai kek lapis Sarawak time beraya di Miri dulu.6 tahun lepas. Memang best sangat kek lapis diorang. Macam2 perisa ada. Kalau pergi ziarah kat rumah kengkawan, ada la 2 3 jenis kek lapis diorang. Abi tak lepaskan peluang untuk menjamah kesemua kek yang dihidang atas meja.

Yang pastinya kek lapis diorang memang menggamit kenangan!

Syukran Arfizi atas hantaran kek tu. Sila tunggu hantaran balas pulak dari ustaz.

The Keropok!

yang pakai baju kaler pink(tengah) itulah anak murid abi...


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.