Semalam ayah dan mak datang rumah. Waktu petang diorang sampai lebih kurang pukul 3 petang. Seperti biasa ada la ole2 dari Tanah Merah yang ayah bawa datang. Kali ni diorang bawa buah durian. Alhamdulillah molek isinya,kuning warnanya.memang puas hati makan.
Atas cadangan ummi, kali ini abi buat sotong rebus untuk anak2 abi dan mak ayah. selain tu ada la 2 3 ekor ikan kitan. Goreng jer. Selepas ummi menyiang sotong dan ikan, abi mulalah bersilat tung tang tung tang di dapur. Memang rezeki ayah dan mak murah, pucuk ketereh tumbuh dengan banyak sekali kat belakang rumah tu. Apa lagi petik lah. Ulam2an pun banyak. Petik juga pegaga yang tumbuh melata kat tanah tu.
Orang tua suka makan gitu2 jer bersama nasi. Budu plus durian tidak ketinggalan dihidang untuk diorang. So, memang membangkitkan selera la makanan malam diorang ni. Abi nak masak lebih2 pun memang tak terlarat dah, sebab balik kerja badan pun penat. Tu jer yang mampu.
Apa2pun syukur sangat sebab dapat makan buah doyan sampai kenyang!
17 hours ago
No comments:
Post a Comment