Alhamdulillah thummal hamdulillah....
Puji dan syukur hanya pada Allah selayaknya kerana musim cuti sekolah ini dapat digunakan semaksima mungkin bersama famili tercinta. Walaupun dalam keadaan musim 'bah@banjir' orang kata, tapi abi dan keluarga masih mampu lagi untuk mengorak langkah mengisi masa cuti bersama anak2 dan famili.
Jumaat lebih kurang jam 5 kami bertolak ke KB. Tika itu walaupun hujan membasahi bumi Setiu dengan lebatnya, tapi kami tak kisah. Kami nekad juga untuk ke KB. Sampai sana dekat waktu Maghrib. Kami isi perut kami dulu di Restoran Pak Ali dengan juadah 'roti tempayan'. Alhamdulillah lama dah tak makan roti tempayan. Memang abi dan ummi kaki roti tempayan!
Lepas makan kami rehatkan badan di teratak ibuayah kami di Kampung Panji. Dapatlah lepaskan penat lelah dan lenguh badan drive dari Setiu tadi.
Esokkan pula kami bersiap nak pergi ke majlis kesyukuran@maulid di rumah Mak Sedara di Kampung Tapang. Tak jauh kampung tu dari Kpg Panji.
Hari terakhir kami di Panji, kami pusing2 di Bandar Kubang Kerian. Coping moping barang2 sekolah untuk anak2. Baju sekolah, seluar sekolah, kasut PJ dll....boleh tahan juga terbang duit. Abi kluarkan dari bank dekat RM700, sedar2 tinggal lagi RM 100 lebih jer lagi....huhu...kali ni memang coping sakan! Tak boleh nak kata apa menyoping macam nak beraya. Ye lah anak2 makin membesar. Keperluan untuk bertukar saiz badan tu terpaksa kita terima sebagai ibubapa. lebih2 lagi anak2 abi si angah dan abe Qan (no 3) yang makin membesar.
Selesai bershoping kami ke Restoran@Mat'am Al Kathiri. Terletak di tengah bandar tu juga. First time masuk situ. Memang dah plan lama dengan ummi untuk merasai makanan Arab bila tiba cuti sekolah nanti. Nak pergi ke negara Arab memang tak berbaloi lah semata2 nak makan. Cukuplah Al Kathiri sebagai pengubat rindu kami kepada masakan Timur Tengah@Jordan.
Jom layan gambar....biar gambar berbicara....
pintu masuk restoran Al Kathiri
selpie la dulu sebelum makanan sampai....mana along????
jeng...jeng...jeng....haaaa dah sampai makanan arab dari Timur Tengah. Macam2 ada. Ada nasi ayam Mandi,ada syawarma,falapil pun ada tapi tak sampai lagi
ni lah namanya falapil. rasa macam mana susah nak bagitau.kene try sendiri. Tapi ramuan asasnya kacang dan bawang putih
ni pula bahan2 yang nak disumbat dalam roti. Yang puith tu namanya 'Humus', sejenis kacang juga tu.
selesai makan kami bergambar tanda kenangan pernah sampai sini. Cantik backgroundnya...
internet ciput pulak malam ni....sori deh blako....lain kali lah masukkan gambar lg.
InshaAllah next year jumpa lagi Al Kathiri....mu tunggu aku datang!