Hidayah tu milik Allah kan? Kita sebagai hamba tak mampu nak bagi hidayah pada seseorang. Hanya Allah yang mampu bagi. Kita hanya boleh berusaha sahaja supaya seseorang itu dapat hidayah.
Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah berusaha untuk bapa saudaranya, Abi Talib supaya memeluk agama Islam. Tapi bapa saudaranya enggan kan ? Tu maknanya hidayah milik Allah.
Kita hanya mampu berdoa sahaja untuk kawan atau sahabat kita seandainya didapati dia membuat derhaka pada Allah. Itu lah jalan terakhir kita yang kita dapat buat selain daripada kita menasihatinya.
wallahu'alam.