Assalam wbth...
Salam Ramadhan semua. Dah lama jari jemari ni tak menulis. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada kita semua kerana berkesempatan lagi untuk hidup dalam Ramadhan kali ini. Terima kasih Ya Rab!
Bagaimana dengan puasa korang semua ? Hanya korang yang tau. Abi sendiri pun tak tau puasa korang. Hanya Allah yang tau. Itulah kelebihan puasa yang sebenarnya kerana Allah yang berhak menilainya.Orang lain tak tau.
Bulan puasa ni seharusnya amalan kita berbeza dengan amalan di bulan2 yang bukan puasa. Dari segi amalan ibadatnya.....tadarus al quran, solat sunat terawih, qiyam dan lain2 lagi. Kalau amalan sedemikian kita masih di takuk lama, tak pernah melakukan ibadah sunat, tak pernah baca al quran, tak pernah qiyam.....maka kesian lah pada diri sendiri.
Di bulan inilah seharusnya kita melipat gandakan amalan dan menambah amalan. Bulan yang memberian pahala yang berlipat ganda kepada pengamal kebaikan dan kebajikan. Sayugialah mereka yang tak pernah merasai kehadiran Ramadhan dalam dirinya, dia akan rasa terbeban dengan hadirnya bulan ini. Segala aktiviti nya akan tergendala. Masya Allah kalau ada yang berperangai demikian......bertaubat lah.
Ok lah kita jumpa lagi di next entry yang mendatang.
7 hours ago
No comments:
Post a Comment