Zaman sekarang zaman fitnah. Majoriti ulamak sepakat mengatakan zaman ini zaman fitnah. Bila sebut fitnah maknanya ialah ujian. Ya, banyak ujian pada zaman ini.
Sehinggalah digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa fitnah itu akan menemui kita seolah2 ianya berada dalam keadaan gelap gelita. Maknanya ialah datangnya fitnah itu tanpa kita sedari bahawa ianya adalah fitnah. Seperti diumpamakan seekor ular yang hitam sedang berjalan dalam gelap tanpa kita sedari. Walhal ular itu amat berbisa.
Fitnah itu datang daripada pelbagai sudut. Hanya orang yang celik hatinya sahaja yang dapat mengecamnya. Orang yang celik hatinya dan diberikan petunjuk Ilahi kepadanya.
Ramai orang mampu berkata zaman ini zaman fitnah tapi dia tak sedar bahawa dia sudah terkena fitnah yang amat dahsyat. Sebagai contohnya, jika memiliki hp jangan sampai ia boleh bawa fitnah kepada diri kita. Yang dikatakan boleh bawa fitnah itu adalah kita senantiasa bersamanya. Mengadap hp berjam2 tanpa melakukan aktiviti lain.
Aplikasi demi aplikasi dalam hp kita buka. Berbual dengan kawan2 satu group berjam2. Lepas tu buka pulak telegram.Berbual kat situ pulak. Rasa puas membawang kat situ buka pulak FB....baca posting kawan2...lama kat situ pulak. Pendek kata masanya habis di hp.
Itulah dikatakan fitnah.Memang dah terkena fitnah. Banyak lagi lah contoh2 lain. Nanti abi akan tulis semula.
15 hours ago
No comments:
Post a Comment