Friday, August 8, 2008

Mengajar + Mendidik

Sikap "mengajar + mendidik" harus ada pada setiap guru. Guru bukanlah ditugaskan untuk mengajar semata-mata bahkan diamanahkan juga untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi orang berguna.

Gambar di atas adalah salah satu contoh bagaimana seorang guru (Ust Mohd Azhar - PK HEM SM Sains Miri) yang sedang menggunting rambut pelajarnya yang panjang. Itu dah dikira beruntung pelajar ni kerana ada juga orang yang sanggup ambil peduli tentang rambutnya. Kalau dibiarkan, akan jadi sarang kutu membiaklah jawabnya !!

Bagi abi " guru yang mengajar tanpa mendidik mereka ini makan gaji buta "...

4 S



Alhamdulillah. Allah Maha Besar. Sek Men Sains Miri telah menjemput LUTH dan Tabung Baitul Mal Sarawak untuk memberi taklimat kepada guru dan staf sekolah. Majlis bermula jam 2.30 pm. Majlis dimulakan dengan slot tazkirah yang disampaiakan oleh abi sendiri.

Sekadar perkongsian bersama berkaitan tazkirah abi " 4S " yang dimaksudkan adalah sport, song, seks dan skrin. Keempat -empat elemen ini merupakan cara musuh Islam untuk melemahkan umat Islam sendiri. merekatidak berdaya untuk melawan orang Islam dengan senjata, tapi mereka mempunyai helah dan tipu daya mereka sendiri iaitulah dengan 4 elemen ini. Buktinya memang nyata dan jelas di depan mata kita.

Umat islam hari ini menjadi HAMBA kepada 4 elemen ini. Begitu licik sekali musuh Islam untuk menghancurkan agama dan penganutnya. Oleh itu, bangkitlah wahai pemuda pemudi Islam untuk memerangi musuh Islam ini. Jangan jadikan 4 elemen ini sebagai tanda kelemahan kita.

Thursday, August 7, 2008

Laksam



Pagi semalam abi dan ummi teringin sangat nak makan "laksam". Dah boring ummi dok masak sarapan pagi. So, keluarlah abi sedari jam 6.20 pagi ke kem askar Miri. Alhamdulillah dapat juga merasa laksam Kelantan.

Sedikit info nak dikongsikan berkaitan laksam.

Laksam merupakan sejenis masakan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Kuah
  1. 300 gm isi ikan
  2. 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
  3. 4 ulas bawang merah (dikisar)
  4. 4 ulas bawang putih (dikisar)
  5. 1 batang serai (dikisar)
  6. Sedikit halia (dikisar)
  7. 2 kiub pati ayam
  8. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
  9. Sedikit lada hitam

Laksam
  1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
  2. 1 cawan tepung ubi
  3. 2-3 cawan air
  4. sedikit garam

Cara penyediaan

Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.

Cadangan Hidangan

Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.

sumber: wikipedia

Wednesday, August 6, 2008

Solat Express


Petang semalam abi solat zohor di surau. Abi solat bersendirian memandangkan semua pelajar dah pergi prep ke kelas. Tiba-tiba sedang abi solat (rekaat ke 2) datang seorang pelajar dan solat zohor di penjuru surau. Kebiasaannya pelajar kalau mereka dapati abi solat, mereka akan jadi makmum. Tapi yang ini tidak.

Belum sempat abi menghabiskan rekaat ke 3 , pelajar tersebut telah habis solatnya. Waaaah!!expressnya dia solat. Camner dia solat ??Camner bacaannya...satu nafas je...Kalau beginilah caranya dia solat, abi fikir pelajar ini perlu ubah gaya dia solat....kerana apa ???jawapannya ialah tiada toma'ninah...

Sebagaimana yang kita tahu bahawa toma'ninah (berhenti sekejap/tenang) ini adalah perkara rukun solat. Jika kita tak melakukannya maka solat kita tidak sah. Abi boleh buat perumpamaan juga solat tanpa toma'ninah adalah "solat burung belatuk". Mereka yang solat macam ini tidak diterima oleh Allah swt.

Firman Allah mafhumnya:
maka neraka "wail" lah bagi orang yang solat. Iaitu mereka yang lalai dan alpa dalam solat.

Bayangkanlah !mereka yang solat dalam keadaan gopoh gapah menemui Allah SWT samalah juga mereka berkomunikasi dan bermunajat denganNya. Bagaimanakah doanya? Abi rasa doanya pun tidak diterima.

Kalau takutkan api neraka Allah maka solatlah dengan elok dan ada toma'ninahnya InsyaAllah akan diterima Allah.

wallahua'lam.

Tuesday, August 5, 2008

Musim Exam Bermula



Sekarang ni musim exam dah mula. Semua pelajar mula sibuk untuk mentelaah pelajaran. Kalau pergi tengok mereka prep malam, senyap je....macam takde orang kat kelas. Tapi dalam senyap pun ada juga beberapa orang yang masih "tak sedar diri". Asyik buat benda lain dan sembang "tak profesioanal". Cuma pesanan abi pada mereka janganlah diamalkan study last minute. Buruk padahnya.

Beberapa tips abi nak kasi pada mereka untuk menghadapi peperiksaan:

1) Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah seperti mendirikan solat dan tidak membuat perkara maksiat.

2) Menjaga kesihatan diri seperti menghadkan aktiviti yang lasak (bola sepak dll). Dikhuatiri akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

3) Menghadkan menonton tv, membaca majalah, sembang-sembang non akademik dan lain-lain lagi kerana ia boleh menyebabkan fikiran terganggu.

4) Mengawal pemakanan. Jangan makan terlalu banyak kerana ia menyebabkan mengantuk. Kurangkan makanan yang berlemak dan pedas.

5) Bertanyakan guru jika terdapat sebarang kemusyilan berkaitan subjek.

6) Meminta redha dan doa daripada ibubapa.

Monday, August 4, 2008

Ops Puting

** gambar hiasan. Photo by didiz/fotokahwin.com



"Adik jaz takleh lagi minum 'neneng' sebab neneng rosak. Neneng cabut kepala. Putus kepala", jelas abi pada adik jaz.
Adik Jaz tak hirau juga cakap abi. Dia terus minta neneng juga.... Dia budak kecil yang tak faham apa itu cabut kepala dan putus. Abi tunjuk kat dia yang neneng nya rosak baru dia faham...dia terus lagi merenget......

Itulah keperitan abi dalam menjaga adik Jaz. Puas sudah abi pergi cari "neneng" tu kat kedai-kedai termasuklah di farmasi, pun takde juga. Bila abi tanya orang dan mereka cakap ada kat Parkson, abi bergegas pula ke sana selepas habis kelas, pun takde juga. Satu Miri abi pusing pun takde. Dalam hati abi, kalau abi jumpa neneng tu mahu dibeli dalam satu dozen untuk stok nanti. Memang susah nak cari.

Adik Jaz tak nak hisap yang neneng warna putih. Dia mahu neneng warna kuning. Harganya RM 4.20 sen. Abi dah putus asa mencari neneng adik Jaz selama 3 hari....penat abi....Abi kesian tengok adik jaz bila bangun malam nak neneng, neneng takde...adik nangis...abi ulik adik sampai tertidur.....

Last sekali abi harap adik Jaz berhentilah minum neneng lagi....minumlah air Milo..lagi best.

** neneng adalah bahasa Sarawak yang bermaksud "puting susu"

CERITA ABI: Satu cubaan meng "edit" gambar


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.