Monday, August 31, 2009

Ramadhan dan merdeka

Mujur 31 Ogos kali ini berada di dalam Ramadhan. Mujur juga apabila manusia sedikit sedar tentang ujian Allah melalui H1N1. Lantas, sambutan 31 Ogos dikatakan akan disambut secara sederhana di Dataran Parlimen sekitar 40 minit.

Tiada sambutan di ambang merdeka. Meraikan Ramadhan? Alhamdulillah. (Bid’ah dhalalah apakah jenis sambutan ini sebenarnya? Bercampur-gaul, berseronok dan berhibur, kemudian membilang jarum jam. Bahkan lebih melampau apabila sambutan itu disertai arak. Dan ia berakhir dengan ciri manusia yang tidak merdeka dari nafsunya. Bahasa mudah-zina. Setahun kemudian lahirlah anak-anak zina di hari sambutan kemerdekaan )

Sambutan itu juga ringkas dan tidak melibatkan ramai peserta atas sebab kebimbangan jangkitan virus H1N1. Amat baik untuk menjaga diri dari virus H1N1. Tetapi akhirnya ia kembali kepada imuniti badan. Bagaimana pula dengan imuniti iman?

Merdeka menurut perspektif syarak bukan sahaja bererti mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu negaraku, tetapi merdeka sebenar ialah apabila anda merdeka dari neraka Allah Taala.

Kita berada di bulan Ramadhan. Tidakkah Nabi menyebut tentang manusia taat akan dimerdekakan dari neraka?

Tidakkah kita berdoa ‘Allahumma a’tiq riqabana minannar’? (Ya Allah merdekakan tengkok kami dari neraka) Tengkok sahaja? Tidak. Dalam bahasa Arab ia disebut majaz- ‘itlaqul juz’i wa iradatul kul’ (sebut sebahagian iaitu tengkok, tetapi kehendaknya ialah seluruh tubuh badan). Doa kita sepanjang masa pun- dalam Ramadhan atau di luar Ramadhan ialah meminta hasanah/kebaikan di dunia dan kebaikan di Akhirat serta minta dijauhkan dari api neraka.

dipetik dari http://www.niknasri.com

Safari dan ihya' lagi...

forum remaja

seminar ekonomi

Alhamdulillah kerana Dia masih lagi mengidupkan kita pada Ramadhan kali ini.
Takde benda yang nak diceritakan, cuma sebagai perkongsian dengan tetamu yang datang menziarahi blog abi ni. Masih lagi cerita tentang ihya' ramadhan dan kembaranya.

29 Ogos : abi sekeluarga meluangkan masa di ILP mendengar forum remaja "Remaja & Hedonisme". Forum berakhir kira-kira jam 11.15 pagi.
Malamnya pula kami (YAM) bersafari ke Masjid An Nur, Tanjung Batu, Pujut, berterawih bersama masyarakat di situ. Kali ni giliran abi mengimami solat terawih 20 rekaat.

30 Ogos: Abi ke pustaka Miri mendengar Seminar Ekonomi Islam. Program berakhir kira-kira jam 1.00 petang.

31 Ogos: Abi ke Masjid An Naim Lutong, ada forum Perdana "Ramadhan & merdeka". Bersungkai (berbuka) bersama jemaah masjid dan bersolat terawih di sana.

Friday, August 28, 2009

Permulaan yang baik...pengakhiran yg baik

Al hamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih lagi menghidupkan abi dalam universiti Ramadhan ini. Buat julung-julung kalinya abi bermastautin di bumi Miri ini, inilah kali pertama abi memulakan safari ramadhan bersama beberapa orang sahabat Amalian ke masjid-masjid sekitar Miri.

Apa yang pasti, abi terkesima apabila mengunjungi sebuah masjid yang berdekatan dengan rumah abi, penduduk kampung di situ begitu ghairah dalam melakukan amal ibadat sekali. Apabila sampai di masjid untuk parking kereta, kereta tak dapat di parking lagi. Semua telah penuh. Macam solat jumaat. Itulah Masjid Darul Istiqamah.

Safari kami seterusnya pun sama juga ke sebuah masjid di Permyjaya, Masjid Ar Rayyan. Parkir hampir tiada. maklumlah abi tiba dah lewat. Para jemaah membanjiri masjid hingga terpaksa dibuat saf baru di kawasan kaki lima masjid. Walaupun begitu abi tak dapat bertahan lama sangat untuk khusyuk dalam solat kerana gigitan nyamuk berbisa yang menusuk hingga ke tulang keting! Di situlah Tabung Saudara baru kita mula dilancarkan dengan rasmuinya oleh pengerusi YAM Akhi Muhtar Suhaili.

Seterusnya kami pergi ke Masjid Taman Tunku (lupa nama masjid). Berterawih dan bermoreh bersama penduduk di situ. Di sini ada sedikit kelainan dalam berselawat atas nabi. Tidak seperti kebanyakan masjid lain. Mereka memilih solawat yang panjang. " Allahumma solli wa sallim wa baarik 'alaih". Solawat sebegini jarang diamalkan oleh orang-orang di semenanjung. Walaubagaimanapun solawat begini tak salah!

Safari kami diteruskan lagi dengan berterawih di Masjid Nurul Ibadah, Kuala Baram. Sesampainya kami di sana (abi berdua sahaja) kami disambut dengan mesra sekali oleh penduduk di situ dan bersungkei (berbuka puasa) sama-sama. Kami dihidangkan nasi goreng dan mee goreng bersama dengan kuih muih yang banyak hasil daripada penderma-penderma. Di sini abi lihat pada papan kenyataannya bermula pada hari pertama puasa hinggalah ke malam 28 nya penuh dengan nama-nama penderma. Tapi yang musykilnya kenapa tiada malam 29 ?tiada pendermakah ? Dalam hati abi ....sibuk buat kuih raya kot :) Beberapa persoalan yang masih belum terungkai lagi apabila kami solat di sini, iaitulah kami tak dapat nak ikut rentak solawat jemaah di situ. Tidak jelas dan tak tau apa benda yang disolawatnya. Abi cuba juga bertanya pada sahabat yang lain, mereka pun tak tahu juga. Tapi yang abi respeknya, mereka ni solat terawih sebanyak 20 rekaat. Tiada yang buat sampai 8 rekaat. maintainnnnnn. Kami je yang tak mantain!


Wednesday, August 26, 2009

tidur yang enak....

Si Wildan dengan bantal upinnya

adiknya pula, Jazlan tanpa bantal

Nah! ini pula acik "Furqan" tidur macam orang takdak masalah....memang pun budak tadak masalah

Cerita tidur ni, semua orang pasti suka hinggakan kalau tak tidur @ tak cukup tidur mesti ada yang marah-marah. Kalau di bulan puasa pula macam mana? Boleh tidur ke? Boleh...tapi jangan terlalu lama kerana boleh mengurangkan pahala puasa. Kalau budak tidur takpelah....namanya budak. Kalau orang tua tidur macam budak terlalu lama....isy ! buruk nya perangai...mesti orang tu malas nak buat kerja...maaf jangan terasa kalau ada yg kena...orang tua macam kita ni tidur yang sesuai adalah 5-6 jam je semalaman. Lebih dari tu...dah melampau...mengalahkan bayi! Tak dapat dibayangkan kalau orang dewasa umur 40 50 tahun tidur 9-10 jam.

Tidur sedikit pun tak boleh juga. Kesian kat badan nak rehat. Cuba tengok rakan setugas yang tidurnya tak cukup... muka seposen je...asyik nak marah je...silap-silap bos dimarahnya. Balik rumah anak bini pula dimarahinya...oooohhhh tidak jangan amalkan amalan camni.

Monday, August 24, 2009

Koreksi diri


Hari ni dah masuk 4 hari kita puasa. Marilah kita sama-sama mengoreksi diri sepanjang 4 hari sebelum ni agar kualiti puasa kita diterimaNya:

1) solat terawih setiap hari 8/20 rekaat
2) baca quran setiap hari
3) bangun dinihari untuk sahur
4) menjauhi diri daripada mendengar benda lagha spt umpat, lagu, muzik ....
5) mendengar benda-benda yang baik spt cd ceramah agama, al quran...
6) memperbanyakkan zikrullah (tidak spt bulan-bulan lain)
7) berbelanja secara sederhana
8) merasai penderitaan saudara seagama
9) kualiti kerja meningkat
10) zakat ditunaikan secara berlebihan

Sunday, August 23, 2009

Amin Idris



Alhamdulillah atas segala hal dan urusan. Petang tadi semasa menghadiri program iftar jamaie di salah sebuah rumah sahabat, abi bertemu dengan seorang motivator dari semenanjung. Kebetulannya dia datang memberi ceramah motivasi di SMKA Miri.

Dalam pertemuan yang singkat petang tadi, abi sempat mengenalinya bahawa dia adalah ex-student SMKA Falahiah, Pasir Pekan (sekolah abi dahulu tahun 90-92). Walaubagaimana pun dia merupakan junior abi 3-4 tahun (kalau tak silap). Kami kembali mengimbau kenangan lalu tentang guru-guru yang kami sayangi. Tak lupa juga topik " guru garang + bengkeng " menjadi bahan sembang. Beliau adalah merupakan bekas lawyer lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kalau nak tahu lebih detail tentang beliau bolehlah layari http://www.aminidris.com

Mungkin inilah rahmat dari Allah seperti mana dalam hadis nabi ....." awalnya adalah rahmat.." Rahmat dalam berukhuwwah dan berkasih sayang kerana Allah SWT.


Saturday, August 22, 2009


AMAL Sarawak, 30 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak insya Allah akan mengambil bahagian dalam program “Safari Ramadhan Al-Mubarak 1430H” ke Masjid-masjid dan Surau-surau di Bahagian Miri anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri dengan kerjasama dan dokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung BaitulMal Sarawak, AMAL Sarawak, Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS) dan Urusetia Saudara Kita (USK).

Alhamdulillah, satu mesyuarat dan taklimat berkaitan program telah diadakan pada Jumaat, 21 Ogos 2009, 10.00 pagi bertempat di Pejabat Agama Islam Bahagian Miri. Kesemua wakil-wakil agensi dan pengerusi-pengerusi badan yang terlibat telah hadir dan memberi komitmen untuk menjayakan program kali ini.

Berikut merupakan jadual program berkenaan:

  • 25 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Masjid Al-Firdaus, Tmn Tunku
  • 27 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Nurul Ibadah, K. Baram
  • 27 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Batu 8, Jalan Miri-Bintulu
  • 30 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Mohd Taha, Bakong
  • 1 Sept 2009: Safari Ramadhan, Masjid Besar Marudi
  • 3 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Nur Islam, Kg Tiris, Bekenu
  • 3 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Madinah, Kuala Sibuti
  • 5 Sept 2009: Ceramah Perdana Ramadhan Bersama Ustaz Wan Sohor Bani Leman (Anjuran AMAL Sarawak)
  • 10 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Tegageng, Suai
  • 10 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kampung Iran, Suai
  • 13 Sept 2009: Safari Ramadhan, Masjid Baru Niah (Perasmian)
  • 15 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Satap, Bekenu

Selain program di atas, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak akan turut melaksanakan program berikut di Miri sebagai sebahagian daripada Ihya’ Ramadhan 1430H:

  • 22 Ogos 2009: Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan & Ceramah Ramadhan, Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya
  • 23 Ogos 2009: Sahur Bersama Anak-anak Yatim di Kompleks Kebajikan Hamidah, Tudan
  • 28 Ogos 2009: Ceramah Ramadhan, Masjid Darul Istiqamah
  • 29 Ogos 2009: Diskusi ‘Remaja & Hedonisme’, ILP Miri
  • 29 Ogos 2009: Ziarah Mahabbah ke Hospital Umum Miri
  • 29 Ogos 2009: Ceramah Ramadhan, Masjid An-Nur, Pujut
  • 30 Ogos 2009: Seminar Ekonomi Islam, Pustaka Miri
  • 31 Ogos 2009: Forum Khas “Ramadhan dan Merdeka”, Masjid An-Na’im, Lutong
  • 5-6 Sept 3009: Program Semarak Wahyu, Masjid At-Taqwa Miri

Mudah-mudahan segala ‘amal dan ibadah yang kita laksanakan di dalam bulan yang mubarak ini akan mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT. Semoga kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Amiin Ya Rabb!

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.