Thursday, August 18, 2011

final Ramadhan

Ramadhan dah masuk hari ke 19. Fasa ke 2 @ pusingan ke 2 dah nak habis. Dah nak masuk ke pusingan ke 3. Kalau nak dikira pusingan pertama adalah merupakan pusingan saringan manakala pusingan ke 2 adalah merupakan pusingan semi final dan pusingan ke 3 adalah merupakan final. Macam permainan bola sepak.

Tak ramai yang dapat masuk final. Hanya mereka yang bertaqwa kepada Allah sahaja yang berhak mendapat juara. Mengapa ???

Contoh yang paling dekat dengan kita adalah apabila kita mengunjungi masjid2. Para jemaah makin kurang sekarang ini. Baik yang muda mahupun yang tua. Ke manakah mereka ini ??? keletihan akibat minum air tebu yang banyak ? ataupun keletihan kerana melahap nasi beriani dengan begitu enak sekali hingga terlupa nak bersolat terawih. Ataupun santai depan tv sambil menghisap dunhill @ menggulung rokok daun berisikan tembakau darat dari Thailand ???

Pada pusingan terakhir inilah Allah nak uji kita dengan berbagai2 ujian. Bukan sahaja ujian lapar dan dahaga tetapi ujian yang membuatkan kita lupa tentang malam lailatulqadar. Kita akan ghairah dalam nak menyambut Aidilfitri. Macam2 difikirkan bermula daripada kuih raya, ketupat lemang, baju raya dengan beraneka temanya dan lain2 lagi. Belum dikira lagi kek lapis Sarawak yang ditempah di kedai2 berhampiran ataupun orang perseorangan.

Oh Ramadhan,,,,banyak yang mencemarimu....mereka menyambutmu dengan gembira sekali tetapi pemergianmu tidak dihiraukan....

Ya Allah pertemukanlah aku dengan lailatulqadar....amin


Monday, August 15, 2011

tarbiah berterusan...

keletihan dan tertidur atas sofa akibat berpuasa...

Tahun ini @ Ramadhan ini, abi dan ummi bertekad untuk mentarbiah anak sulong kami untuk berpuasa. Alhamdulillah hasilnya @ objektif hampir tercapai!

Wildan anak sulong(8 tahun) kami dah dapat membiasakan diri untuk berpuasa. Sebelum itu kami bertubi2 memberinya nasihat @ motivasi pasal puasa. Sebagai persiapan minda dan badan untuk puasa.

Sehingga ke hari ini (hari ke 15) Wildan hanya 3 hari sahaja tidak dapat berpuasa. 2 hari daripadanya memang kami sengaja tak mahu beri dia berpuasa ditakuti dia kekurangan air dalam badan. Masa hari dia tak puasa tu, kami paksa dia minum air banyak2. Satu hari lagi tu, dia tak dapat menahan hausnya lantas berbuka puasa....

Semoga tarbiah kami untuk menghasilkan generasi Al Quran akan tercapai.

Nisfu Ramadhan

Sekarang dah masuk ke Nisfu Ramadhan....tinggal lagi nisfu.

Di bulan barakah ini agak keberatan sedikit jari jemari ini untuk memetik a b c pada komputer...oh letihnya dan malasnya. Selepas iftar bersama keluarga, bersiap pula untuk berangkat ke masjid Bandar Permaisuri untuk solat terawih. Jam 945 malam tamat solah dan badan terus direbahkan di atas toto@blanket....begitulah seharian....

Bangun pagi untuk bersahur bersama sang isteri dan anak sulung, Wildan. Kemudiannya menunaikan solat Subuh diikuti dengan tadarrus AlQuran sebelum berangkat ke tempat kerja.

Di tempat kerja pula, memang sudah ditetapkan untuk bergilir-gilir bersama seorang ustaz lagi (Ust. Amran Nassan) untuk menyampaikan pengisian rohani kepada guru-guru dan staf dalam sesi Madrasah Ramadhan.

Jam 1.15 tengahari, bersiap untuk menunaikan solat Zohor bersama kawan-kawan di Surau At Taqwa. Jam 2 petang barulah dapat pulang ke rumah.

Sebelah petangnya, ronda-ronda cari makanan di pasar@pasar Ramadhan ....

" Ya Allah berkatilah kami dan rahmatilah kami di bulan barakah ini"....amin

Sunday, July 31, 2011

1st Ramadhan at Setiu

Alhamdulillah masih diberikan sakibaki nyawa untuk tangan ini memetik dan memacu keyboard dengan lancarnya. Sehingga saat ini masih lagi bertenaga untuk meneruskan kerja2 seharian walaupun hari ini adalah merupakan permulaan puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia.

"Selamat menunaikan ibadat puasa abi ucapkan kepada pengunjung blog cerita abi ini"...

Kali ini abi bersama family diberikan nikmatnya untuk sama2 berpuasa di Bumi Setiu, Terengganu. Malam tadi adalah merupakan solat terawih pertama abi di Masjid Permaisuri, Setiu. Berjemaah bersama2 dengan penduduk kampung di situ. Berimamkan Imam yang hafiz yang diundang khas. Suaranya begitu indah mengalunkan kalamullah sehingga tak terasa abi bacaannya yang panjang sepipi muka surat.

"Ya Allah, tetapkanlah abi untuk melaksanakan perintahMu dan berikanlah kekuatan kpd abi dalam melakukan ibadat puasa di siang hari dan berterawih di malamnya. Amin."

Semoga apa yang dijanjikan oleh junjungan besar nabi kita Muhammad SAW menjadi kenyataan suatu masa nanti. Iaitulah dijanjikan orang yang berpuasa itu 2 nikmat. 1) nikmat ketika berbuka 2) nikmat ketika berjumpa dengan penciptanya

Thursday, July 28, 2011

ahlan wa sahlan ya mudirati

25 Julai 2011 merupakan hari melapor diri pengetua abi di sekolah barunya. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan "Kak Dah" adalah bekas penolong kanan 1 dari Sek Men Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Kelihatannya beliau menandatangani buku kehadiran pelawat sekaligus menandakan bahawa beliau mula melapor diri.

Gimik perasmian bilik pengetua. Hasil gabungan usaha sama guru2 SAIS menceriakan keadaan apabila beliau melapor di sini. Hiasan dalaman pejabat beliau adalah sentuhan guru2 perempuan yang terdiri daripada kak Jah, Salzani & Najeeha.

Selepas meninjau persekitaran sekolah dengan ringkas, maka pertemuan diakhiri dengan majlis makan buah durian. Di sebelah beliau adalah suaminya, Abe Li.

Selamat menunaikan tugas di tempat baru wahai pengetuaku. Semoga tabah dalam menerajui kepimpinan SAIS.

p/s: Moga beliau tak mendatangkan stress kepada abi dan kengkawan yg lain :)

Wednesday, July 20, 2011

tukar jantina




KUALA TERENGGANU, 18 Julai – Hasrat seorang lelaki yang mahu menukar nama dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas memengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.

Ashraf yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Menurut laporan Bernama Online, Ashraf yang berasal dari Kuala Terengganu bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.

Hakim Mohd Yazid berkata keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, yang telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa permohonan berkenaan tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.

Katanya walaupun pemohon telah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.

Selain itu, katanya, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Ashraf dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil untuk memberi keterangan.

“Setelah kes ini diperhalusi dan diteliti dari semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan pemohon.

“Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam MyKad dan dalam dokumen pengenalan diri lain pemohon,” katanya.

Monday, July 18, 2011

Family Day






Family Day atau dalam Bahasa Arabnya 'Yaumul Usrah' telah diadakan pada 16 Julai yg lepas di Lata Belatan, Setiu hasil ilham @ idea Ustazah Khatijah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Jah. Idea terhasil untuk menghilangkan rasa tension guru-guru kerana masih bersendirian. Dengan erti kata lain tiada murid lagi.


Walaupun tak ramai guru SAIS tapi cukuplah untuk menghilangkan tension dengan kehadiran anak-anak dan isteri ke sana. Dihiasi dengan membakar ayam, ikan & daging BBQ cukup bermakna buat kami semua.



Alhamdulillah program ini kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.