Sunday, January 4, 2009

Kalam Iftitah Sanah 2009

Dah lama tak up date blog ni. Masa dok kat kelantan tempohari punyalah susah nak dapat line ni...idea banyak untuk di tulis masa kat sana tapi apakan daya line takdak. Maaf dipinta buat pengunjung blog cerita abi ...

Sempena tahun baru Hijri dan Masehi ini abi nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung semua atas kesudiaan menziarahi blog abi ni walaupun hanya seminit dua. Sebarang teguran daripada antum semua amatlah dialu-alukan. Kini rasanya dah masuk tahun ketiga abi berblog. Alhamdulillah dapat mengenali ramai sahabat-sahabat melalui alam cyber ni. Dapat juga bertukar-tukar fikrah. Tak rugi rasanya bayar pd celcom RM 68 sebulan.

Sama-samalah kita meningkatkan keazaman yang penuh daripada yang baik kepada yang lebih baik kerana yang lebih baik itu dapat pahala banyak ! ye tak ? Macam solat sendirian itu baik tetapi solat jemaah itu lebih baik (lebih afdal).

Ya Allah engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui....
Ampunilah dosa-dosaku yang lepas
Ampunilah dosa kedua ibubapaku
Ampunilah dosa guru-guruku
Ampunilah dosa sahabat-sahabatku yang berjuang atas namaMu
Ampunilah dosa mereka yang berjuang dengan keikhlasan....amin

Ya Allah...
Berilah aku kekuatan
untuk mengharungi cabaran dan dugaan tahun 2009 ini
tabahkanlah aku
sabarkanlah aku
aku tahu bahawa tahun ini amat berat sekali
tugas dan amanah yang engkau berikan padaku...

Ya Allah ....
terimalah amalanku dan ibadatku....amin

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.