Wednesday, January 28, 2009

Kisah Jiran 1

Entri kali ini sengaja abi nak ceritakan kisah yang berdekatan dengan rumah abi untuk tatapan semua. Moga ianya menjadi pengajaran dan iktibar.

Sang suami berkahwin 2. Dengan isteri pertamanya dia mendapat 5 anak (kalau tak silap abi). Anaknya yang kecil berumur 3. Si suami selalu keluar atas urusan kerja dakwahnya dengan geng tablighnya. Kekadang berminggu-minggu tiada di rumah. Mungkin juga di rumah bini keduanya. Isteri pertamanya pula bekerja di ladang sawit dengan mengambil upah. Kekadang isterinya bekerja sebagai tukang cuci pinggan mangkuk di salah sebuah restoran.

Apa yang menyedihkan abi tatkala suami dan isteri tiada di rumah, anak-anaknya terbiar di rumah. Si anak kecil menangis. Abang dan kakak tak menghiraukan adik-adik. Lagu dangdut dan dikir barat di pasang dengan volume yang tinggi sekali sehingga mengganggu rumah-rumah jiran yang lain. Anak yang besar menunggang motor dengan laju sekali ke hulu dan ke hilir. Lagaknya tak ubah seperti mat rempit.

Apakah kita sanggup menjadi seperti mereka ? Mungkin kita katakan akibat desakan hidup dan ekonomi yang tidak menentu mereka menjadi sedemikian rupa ? Perlulah ada di sana tanggungjawab mendidik dan menjaga anak. Janganlah dibiarkan anak-anak hidup tidak menentu. Tiada arah tuju. Tunggang motor tanpa arah tuju. Anak-anak perlukan bimbingan dan kasih sayang seorang ibu dan bapa. Jika anak kita menjadi seperti mereka adakah kita sanggup untuk keluar berdakwah lagi ? wal ' iyazubillah..

Firman Allah swt yang bermaksud:

" Jagalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka jahannam ...."

No comments: