Kalau sebelumnya, Wildan dah pun menghafal Al fatihah dan surah Al 'Asr serta tasbih kaffarah. Inilah dia konsep yang diterapkan dalam PASTI iaitu mendekati jiwa kanak-kanak supaya mencintai al quran. Secara tidak langsungnya penubuhan PASTI ini turut sama dalam membantu kerajaan dalam usaha menangani masalah buta Al quran di kalangan anak-anak remaja.
Walaupun yurannya dikatakan agak mahal (RM50) sebulan berbanding dengan tabika perpaduan (RM15) tapi abi cukup berpuas hati dengan sistem yang ada di PASTI. Memanglah kalau nak dibandingkan dengan kemudahan dan infrastruktur di PASTI amat sedikit terkebelakang dibandingkan dengan tabika dan tadika yang ada. Pernah suatu ketika abi ditanya oleh seorang cina tentang yuran bulanan di PASTI. Abi menjelaskan padanya bahawa RM 50 sebulan termasuk makan dan minum. Beliau amat terkejut dengan kadar yuran yang dirasakan terlalu murah berbanding dengan anaknya RM90 sebulan.
Akhirnya sekalung jutaan terima kasih buat guru-guru di PASTI kerana mengajar dan mendidik Wildan dan Jazlan. Hanya Allah yang berhak memberi balasan yang setimpal atas pertolongan dan amalan hambaNya.