Tuesday, March 31, 2009

Wildan dan ayat Kursi

Alhamdulillah sejuk telinga abi apabila mendengar si Wildan dah hafal dan pandai membaca ayat Kursi. Walaupun lidahnya sedikit telor membaca ayat Kursi ini tapi abi cukup berbangga dengan pencapaian anak abi ini. Ada beberapa potongan ayat sahaja yang hilang makhraj hurufnya tapi abi dari sehari ke sehari cuba sedaya upaya samada selepas maghrib atau sebelum tidur untuk tasmi' (mendengar) dan tahsin (memperbaiki) bacaannya.

Kalau sebelumnya, Wildan dah pun menghafal Al fatihah dan surah Al 'Asr serta tasbih kaffarah. Inilah dia konsep yang diterapkan dalam PASTI iaitu mendekati jiwa kanak-kanak supaya mencintai al quran. Secara tidak langsungnya penubuhan PASTI ini turut sama dalam membantu kerajaan dalam usaha menangani masalah buta Al quran di kalangan anak-anak remaja.

Walaupun yurannya dikatakan agak mahal (RM50) sebulan berbanding dengan tabika perpaduan (RM15) tapi abi cukup berpuas hati dengan sistem yang ada di PASTI. Memanglah kalau nak dibandingkan dengan kemudahan dan infrastruktur di PASTI amat sedikit terkebelakang dibandingkan dengan tabika dan tadika yang ada. Pernah suatu ketika abi ditanya oleh seorang cina tentang yuran bulanan di PASTI. Abi menjelaskan padanya bahawa RM 50 sebulan termasuk makan dan minum. Beliau amat terkejut dengan kadar yuran yang dirasakan terlalu murah berbanding dengan anaknya RM90 sebulan.

Akhirnya sekalung jutaan terima kasih buat guru-guru di PASTI kerana mengajar dan mendidik Wildan dan Jazlan. Hanya Allah yang berhak memberi balasan yang setimpal atas pertolongan dan amalan hambaNya.

5 comments:

data:comment.author/> said...

Salam

Ustaz ada tips tak hendak ajar anak mengaji di rumah? Anak saya mulutnya baca IQRA, tapi mata tengok siling rumah....

www.syahrulnizam.com

data:comment.author/> said...

anak kamek pun sama bah! tapi bebudak ni mata hati lebih terang daripada kita orang tua...
kamek sik dapat ajar anak bah...cepat marah n melenting !

data:comment.author/> said...

Ustaz nak link www.syahrulnizam.com?

Silakan... kecil tapak tangan. Nyiru saya tadahkan...

data:comment.author/> said...

salam,

murah sgt ler yuran RM50 sebulan. Kat TADIKA anak sy RM90 (6 tahun)sebulan+transport RM25=RM105. Belajar dr 9-11.30am.

Anak sy dah pandai baca, qiraati pun agak lancar dan dah kenal huruf alif, ba, taa..

Cuma sy tak reti camner approach nak ajar anak mengaji. Kalau kiter dulu jenis eja satu2..kendian tok guru suruh 'pukul' apa yg dieja tu. Saya tak tau la cara tu sesuai ke tidak...tapi mmg cepat hangin kalau lambat sgt dia nak pick up.

Ajar anak org byk sabar, anak sendiri nih mudah naik angin..hehehe

data:comment.author/> said...

abi setuju apa yg wan shila cakap tu..kalau kita dulu mengaji harfun bi harfin kemudian "pukul".kaedah dulu tak sama ngan lani. tapi dua2 terbukti berkesan !

abi lebih suka hntar anak ngan org lain drp kita ajar.Kita cuma check bacaannya saja n perbetulkan apa yg dia belajar !

wallahu'alam

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.