Thursday, March 12, 2009

Tabligh

Hari ini abi solat Jumaat di sebuah masjid. Di saf hadapan abi adalah seorang guru yang mana abi taklah rapat sangat dengannya. Bila dilihat dari segi berpakaiannya dari kopiah dan rambutnya memang sah ini adalah orang tabligh. Rambutnya yang melebihi paras telinga sudah dikira agak panjang dan setahu abi ianya menyalahi etika perguruan.
Guru adalah contoh tauladan kepada muridnya. Jika guru berkelakuan dengan sifat yang mazmumah maka tidak mustahil anak murid akan ikut jejak guru. Guru menyuruh anak muridnya supaya memotong rambut tapi pada masa yang sama guru berambut panjang hingga mencecah kolar baju atau melebihi kolar. Begitu juga guru menyuruh anak muridnya supaya jangan merokok tetapi pada masa yang sama dia juga kaki perokok!
Berkaitan dengan tingkah laku atau fe'el untuk mengamalkan sunnah nabi ini, kita seharusnya mengambil kira faktor sekeliling (dirasah waqi') yang mana sebagai guru tidak harus dia berbuat demikian. Soal sunnah bukannya sesuatu yang wajib diamalkan, ianya adalah sunat. Tidak berdosa jika tidak diamalkan. Guru haruslah menunjukkan model yang terbaik kepada muridnya baik dari segi tingkahlaku mahupun berpakaian.
wallahu'alam.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.