1 day ago
Saturday, April 4, 2009
Jumpa Tabib Cina
Sejak lahir sampai lani si Furqan asyik nangis-nangis kalau tiba waktu malam. Kekadang tu tak dapat tidur malam. Terpaksalah abi jadi JAGA !Furqan masuk angin dalam perutnya. Hinggakan ada bunyi angin dalam perutnya.krokkkk!krokkkk! itulah sebab dia nangis. Pelbagai kaedah dan cara tradisional kami telah cuba termasuk membalut perutnya, letak minyak kayu putih, minyak Yu Yi dan lain-lain lagi. Dan last sekali kami berhasrat untuk jumpa doktor pakar kanak-kanak di Miri. Bila kami tiba di klinik tu, tutuplah pulak. Jam 6.45 petang baru buka.
Kami pun pusing-pusing jalan sambil cari kot-kot ada lagi doktor pakar kanak-kanak. Semuanya dah tutup. Sedang kami pusing tu, ternampaklah satu label "Tabib Cina". Abi perlahankan kereta dan baca apa perkhidmatan yang ditawarkannya yang ditampalkan di pintu cerminnya. Antara perkhidmatannya ialah mengeluarkan angin dari badan. Dipendekkan cerita, kami sepakat untuk bawa Furqan tadi jumpa tabib cina. Manalah tau kot-kot mahu sembuh dengan ubat cina. Teringat cerita cina Wong Fei Hung yang mana jadi tabib di pusat rawatannya bernama Po Chi Lam. Ubatnya memang terkenal dan mujarab. So kami tawakkal sajalah!
Dipendekkan cerita lagi tabib berikan kami ubat serbuk dari akar kayu @ ginseng untuk diminum oleh Furqan. Alhamdulillah rasanya si Furqan tak meragam sangat hingga kini. sebelum beredar abi menanyakan sesuatu pada Tabib bagaimana nak meringankan belakang badan atau pinggang yang terasa berat. So beliau cakap senang saja, jangan minum air sejuk @ ais lagi kerana itu boleh menyebabkan angin masuk dalam urat saraf !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment