Friday, April 10, 2009

Musafir tak perlu solat


Seseorang bertanya pada abi:
" bolehkah seseorang tu tidak solat ketika mana berada dalam musafir ? " kerana setahu dia hanya dibolehkan kita jamak dan qasar sahaja .

Jawapan:

Dalam keadaan walaumacamana sekalipun orang Islam diwajibkan solat samada ketika susah atau senang, bermusafir atau tidak musafir. Yang diberikan rukhsah kepada kita adalah kita boleh jamak atau qasar solat ketika dalam musafir. Adapun meninggalkan solat lima waktu itu tidak terdapat dalam hadis nabi dan mereka yang mengatakan tidak perlu solat ketika musafir adalah orang yang malas dan boleh diertikan membawa ajaran sesat dalam agama.

wallahu'alam.

** abi rasa terkejut juga kerana yang mengatakan demikian (solat tak wajib) adalah orang yang faqih agama!

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.