Saturday, May 16, 2009

Sambutan Hari Guru




Sempena dengan sambutan Hari Guru ni abi nak ucapkan selamat Hari Guru kepada guru-guru yang telah mendidik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh (ucapan ni tak termasuk kepada guru yang malas dan goyang kaki + makan gaji buta). Kalau kita ikhlas mendidik anak bangsa InsyaAllah pada suatu masa nanti akan dibalas jua.

Kepada ibubapa janganlah terlalu mudah menyalahkan guru apabila sesuatu hukuman itu dijatuhkan. Kononnya guru yang bersalah. Anak dia yang betul macam malaikat. Tak pernah buat jahat. Maksum macam nabi. Ketahuilah anak anda apabila berada di rumah lain perangainya, di sekolah lain perangainya. Tak tengok cerita "anakku Sazali" ke ? Janganlah jadi bapak macam bapak si Sazali tu....rosak anak! Beri kebahagiaan tak bertempat...

"Guru Pembina Negara Bangsa"

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.