Sunday, May 31, 2009

Chin Peng Oh Chin Peng !


Hajat di hati nak sambung cerpen cuti semalam tapi memang abi ni ada angin pasang surutnya untuk menulis. Memang hajat di hati nak jadi penulis sejak dulu lagi tapi tak kesampaian. Sebabnya adalah satu je iaitu susah nak istiqamah bila buat kerja. Tapi takpelah sapa-sapa nak tau jalan ceritanya kita sembang lain kali no!

Abi baru je tonton isu semasa yang dihoskan oleh Syed Munawar. Memang terkenal si Munawar ni. Tajuknya pun best juga berkisar komunis dan Chin Peng. Kononnya Si Chin Peng tu nak pulang ke Malaysia. Apasal baru nak pulang ke Malaysia ? Dah insaf dan bertaubat ke ? Abi rasa memang tak selamat kalau Ching Peng pulang ke Malaysia ni. Manalah tau kot -kot ada yang tak senang hati dengan dia. Luka lama berdarah lagi. Tengah dia sedang minum kopi di warung ada orang pi pancung kepalanya, tak ke naya dia tak pasal-pasal.

Semua orang kenal si bapa Komunis tu. Dia telah memerintah Malaya (Malaysia) selama 13 hari. Banyak kekejaman yang dia telah lakukan. Nak tau :-

1) dia telah bunuh orang yang yang disangkanya berbaik dengan Jepun. Pancung kepala adalah mainan depa.

2) Banyak pasang jerangkap samar. Orang yang kena jerangkap tu masih hidup lagi dan kebanyakan depa ni hilang sebelah kaki. Kalau Chin Peng datang ke Malaysia, siap dia nanti kena potong kaki sebagai tukar ganti.

3) Ada komunis tu ambil quran dan dibuat sapu tahi depa. Bab ni abi tak boleh terima. Memang naik hot bila dengar. Kalau Mat Rempit tengok komunis buat macam ni siap depa tu kena langgar ngan kapcai!

4) pernah juga berlaku seorang guru agama di kurung di kandang babi. Anjing-anjing dilepaskan dan berkeliaran dalam masjid.

Semua kekejaman dan kezaliman tu bukan abi yang reka. Depa (sejarahwan) yang pi dok buat kajian dan ceritakan tadi dalam kaca tv. Soal hangpa nak percaya ke tak ....itu hangpa punya pasal. Yang abi takutkan,,,,takut hangpa terkesan juga dengan idea komunisme!

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.