Monday, June 1, 2009

hantar anak murid

Petang tadi selepas pi shopping di Krokop, pi ambik 2 orang student abi yang ikut kem remaja Islam di kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang laki abi tinggalkan dia kat sekolah sebab abangnya datang ambil. Yang perempuannya abi pi hantar dia ke rumahnya.

Lewat jam 6 petang abi menuju ke Riam Road untuk hantar budak perempuan tadi. Namanya Dewi Susanti Abdul Jalil. Bangsa Iban. Dari maklumat yang abi tau bapanya adalah muallaf. Perjalanan memakan masa hampir 20 minit dari rumah abi untuk sampai. Sebelum sampai ke rumahnya kami terpaksa masuk simpang yang mana tiada rumah melainkan dua tiga buah rumah. Kiri kanan jalan hanyalah hutan dan semak belantara sahaja. Tak sangka cina sanggup tinggal dalam hutan. Daripada perbualan abi dengan si Dewi tadi bapanya bekerja dengan pemilik sebuah syarikat- Soon Hup Villa. Bekerja di dalam kediaman bosnya sebagai tukang kebun dan guard. Sebut saja pasal Soon Hup semua orang dah tau dia adalah orang kaya di Miri. Mungkin juga di Sarawak.

Sampai saja kami di pintu pagar rumahnya, tersergam sebuah banglo cantik. Tak sangka dalam hutan begini ada banglo. Mak oiii seramnya. Macam dalam movie pulak. Terletak di atas tanah tinggi dan di kelilingi hutan belantara. Memang depa ni suka tinggal di tempat yang pelik-pelik dan takde orang. Berani betul.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.