Hari ahad lepas abi dan ummi pergi hantar adik ipar ke SMK Bakong, Bakong. Perjalanan memakan masa hampir 50 minit dengan kelajuan sekitar 70-80 km sejam. Sungguh indah bumi Kenyalang ni yang dihiasi dengan bukit-bukit hijau. Banyak lagi kawasan yang belum diterokai dan diusik. Dalam perjalanan ke sana terpandanglah "rain forest" . Dengar cerita dari kawan ia adalah kawasan peranginan juga. Ada disediakan chalet-chalet.
" Dalam hutan pun ada orang buat bisnes!" kata ummi.
Siapa lagi kalau bukan orang cina punya idea, sahut abi.
Fikiran kami melayang-layang sambil mendengar radio FM Sarawak gelombang 88.10 mhz. Syok dok layan lagu dendangan Uji Rasyid dan Hail Amir. Tiba-tiba perjalanan kami tergendala seketika kerana jalan berlubang-lubang yang dan debu jalan yang banyak berterbangan. Pemandangan jadi kabur seketika.
Setelah pergi hantar Saliha (adik ipar) ke kediamannya. Abi mengajak ummi untuk merayau-rayau di pekan Beluru. Memang ini first time abi sampai di pekan Beluru. Asyik dengar nama Beluru saja daripada kawan-kawan. Pekannya terletak di atas tanah tinggi sedikit. Boleh juga diertikan dengan bukit kecil. Puas abi cari parkir kereta tapi tak juga jumpa. Orang begitu ramai sekali. Kereta pun banyak. Tak tau dari mana datang orang ni. Rumah-rumah di sepanjang jalan tak lah banyak sangat. Last sekali abi parking je kat belakang kereta orang. Nasib baik Atos ni kecil. Tak ganggu orang lain. Abi suruh ummi je yang pergi rayau-rayau kat tamu (pasar) tu.
"sayur taklah banyak sangat. Harga pun sama kat Miri", jelas ummi.
" kat dalam hutan macam ni pun mahal juga sayur. Mungkin kesan kenaikan harga barang ", sambung abi dengan selamba.
" ada ore Isle yang meniaga dak ?" tanya abi.
" takdok, sore je" jawab ummi dengan mukanya sedikit kelihatan tension. Ummi cadang nak cari jagung untuk buat mee bandung esok harinya tapi hampa.
" Jom kita balik " seru abi....
Sebelum beredar meninggalkan pekan Beluru, ummi berpesan pada abi....sepatutnya JAPIM kena hantar lebih ramai ustaz-ustaz kat tempat macam ni? Ramai orang perlu didakwah di kawasan ini. Mungkin pada suatu masa nanti JAPIM kena pilih ustaz-ustaz yang akan mengajar subjek-subjek selain agama pula. Pada masa yang sama mereka ada roh dan semangat untuk berdakwah kepada masyarakat setempat.
wallahu'alam.
1 day ago
No comments:
Post a Comment