Monday, July 20, 2009

Hukum hudud zalim ?

Seorang pelajar bukan Islam datang bertanyakan mengenai hukum hudud. Mengapakah dijatuhkan hukuman potong tangan ke atas pesalah yang mencuri ? Tidakkah ianya suatu yang kejam ? Bukankah Allah akan membalasnya di akhirat kelak ?

Jawapan:

ISLAM adalah satu agama yang membawa kesejahteraan kepada sekelian alam. Maknanya semua makhluk di dunia ini akan selesa jika dunia ini ditadbir mengikut hukum hakam Islam atau perundangan Islam. Oleh sebab itu setiap hukuman hudud yang dijatuhkan ada hikmah disebaliknya dan bukan untuk menganiayai pesalah semata-mata.

Sebenarnya hukuman yang dijatuhkan itu bukan untuk diri pesalah itu sahaja bahkan ianya lebih untuk memberi pengajaran kepada orang lain juga. Hukuman yang dijatuhkan itu harus dijadikan iktibar buat semua. Kalau orang dah melihat sendiri dengan mata kepala mereka sesuatu hukuman hudud itu dijalankan maka nescaya mereka tidak akan melakukan perbuatan jenayah sedemikian rupa. Bila mana mereka takut dengan hukuman Allah di dunia ini mereka akan insaf dan secara automatiknya perbuatan jenayah itu dapat dibendung dalam masyarakat dan negara.Maka akan lahirlah masyarakat yang aman dan harmoni dan tidak ada sebarang unsur-unsur maksiat kepada Allah.

Bilamana hukum hudud itu dijalankan ke atas seseorang itu di dunia maka di akhirat kelak seksaannya akan dikurangkan.

wallahu'alam.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.