Friday, July 3, 2009

Syawarma

Masih lagi berkisar tentang cerita abi dok KL 2 3 hari lepas. Sebaik saja jalan-jalan mata terpandang kepada sebuah kedai pak arab di kaki jalan. Oh! pak arab pun ada meniaga kat sini. Tapi yang lebih menggiurkan abi adalah kerana kat kedai tu mereka ada jual syawarma. Syawarma ni, kalau anda semua nak tau gak adalah sejenis makanan arab yang mana diletakkan daging atau ayam yang dibakar dalam sekeping roti yang bulat (roti arab). Dalam roti tu diletakkan sayur-sayuran. Entah lah nak cerita lebih-lebih pun tak pandai. Nanti syawarma tadi korang faham ianya sama ngan pizza pulak! Tapi yang pentingnya ia adalah makanan kegilaan abi semasa menuntut di Jordan dulu. Kalau tak pekena syawarma dalam masa seminggu memang gelisah tak boleh nak duduk.

Dipendekkan cerita abi tanya pak arab tu dengan menggunakan kalam arab " kam si'ru ya mu'allim ? (berapa harga wahai orang mengetahui)
thamaniah ringgit ( 8 ringgit ) jawabnya....
Tanpa fikir panjang abi beli je benda tu, sebab lama dah dok mengidam nak makan hampir 8 tahun.

Selesai saja makan, terus balik ke hotel dan sembang-sembang ngan kawan-kawan. Terkejut abi apabila ada kawan bagitau bahawa harga biasa bagi satu syawarma adalah RM5. Binawe punya pak arab! Kat Malaysia pun dia cekik darah ! Dahlah abi kat Jordan kena cekik darah juga. Itu dah kira abi pandai cakap arab pun kena cekik juga !

5 comments:

data:comment.author/> said...

ana pernah makan sekali syawarma ni, dgn shbt2 dari Saudi Arabia, ketika nak balit ke tronoh, shbt ana blanja, sedap lah jugak, tapi harganya lagi mahal dari ustaz, kami ditawar rm12 satu syawarma ni, lagi mahal..di bukit bintang

data:comment.author/> said...

itu dah kira kena sembelih ngan pak arab tu

data:comment.author/> said...

Dulu sy penah mengidam nak makan kat restoren Maghribi..cari punya cari punya cari keliling bandar KL 4-5 kali tapi tak jumpa2...Last2 jumpa Restoren Arab (tak sure nama tempatnya).

Mula2 tu confius gak, nape takde org kat restoren nih..tp sebab perut dah byk kali vibrate, kami masuk gak la..just try.

kami makan nasik beriani, sup, ngan apa ntah luper..dekat 70 hinggit utk 2 org! patut la takde org..mahal sih!

Itu la jd kali pertama dan terakhir!

data:comment.author/> said...

memang orang arab dah terkenal dengan perangai menipunya..tanyalah kawan2 yg dok belajar kat tanah arab dulu..suka sangat menipu orang asing.Tambahan pula kkalau berkaitan ngan duit...

data:comment.author/> said...

lain kali petua supaya tak kena tipu..tanya dulu berapa harganya. Tak jadi masalah bg dia kalau tanya harga

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.