Sunday, October 11, 2009

Wildan dapat masuk SK Agama

Syukur alhamdulillah Ahmad Wildan dapat masuk ke SK Agama. Semalam guru Taski Abim (tempat Wildan tuisyen) ada menelefon ummi suruh ambil result di taski. Kami sekeluarga amat gembira kerana dapat meletakkan anak di sekolah agama yang menjadi rebutan dan tersohor di Miri ini.

Selesai kami ambil result di Taski Abim, terus abi dan ummi pergi submit nama Wildan di SK Agama untuk confirm tentang penerimaan tawaran tersebut. Cuma yang abi dok fikir sorang-sorang ni siapa yang nak hantar Wildan nanti. Ummi dah pakai kereta ke tempat kerjanya. Abi pula ngan motor kapcainya.. masa agak suntuk untuk turun awal-awal pagi bagi menghantar anak ke sekolah. Terpaksa menguruskan 2 anak, satu ke Pasti dan satu ke SKA. Itulah cabarannya dalam dunia pendidikan anak-anak.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.