Sudah hampir seminggu lebih abi dan famili di Felda Kemahang, Tanah Merah, tahap kesihatan Furqan kurang memuaskan. Dia selalu saja demam dan selsema. kejap demamnya baik...dan datang semula....kejap selsemanya hilang dan datang semula...maklumlah bertukar angin dan tempat ditambah pula dengan musim tengkujuh sekarang ni.
Yang tak tahan sangat bila dia meragam nak dokong....tak nak orang lain dokong, abi juga yang dia mahu....huh!!tak tahan abi dok bawa dan dokong anak hampir 8 kg beratnya...baru-baru ni bahu abi dah terseliuh urat gara-gara dokong furqan....terpaksalah berkorban..
3 hari lepas furqan dah dapat angkat punggungnya dan memulakan langkah demi langkah untuk merangkak. Kini umurnya dah masuk 10 bulan. Syabas! dapat merangkak juak kitak akhirnya.
1 hour ago
No comments:
Post a Comment