Sebaik abi habis dari mengajar kelas tingkatan 1, tetiba seorang pelajar B meluru ke arah abi dan mengatakan ayahnya mahu berjumpa dengan abi. Dalam perbualan tersebut si bapa meluahkan rasa tak puas hatinya dengan sikap anak lelakinya apabila balik bermalam di rumah.
“ Ustaz begini ceritanya…selepas anak saya balik bermalam di rumah, saya benarkan dia melayari. Saya beri dia atas alasan dia mahu belajar. Saya percaya kepadanya “, ujar bapa tadi.
“ Tapi saya rasa terkejut apabila dia melayari web lucah. Saya check melalui history. Hati saya rasa kecewa sekali dan sebab itulah saya datang ke sini untuk minta bantuan daripada ustaz “ terang bapa tadi yang mana kerjanya tidak tetap. Seorang yang bersederhana dalam hidup. Mementingkan kejayaan anak-anak. Kesemua anaknya pandai-pandai belaka dan terpilih memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Begitulah luahan hati seorang bapa kepada abi. Paling abi menyayat hati apabila dia mengatakan kepada anaknya “ bang!, mak abang bangun jam 4 pagi kerana nak buat kuih untuk dijual. Kita orang susah bang! Bukannya orang senang”. Pada masa tu, seorang bapa mengalirkan air matanya. Bila abi melihat wajah si bapa tadi, hati abi turut tersentuh dan mata abi turut mengalirkan air mata. Keadaan senyap seketika kerana masing-masing terpaksa menahan sebak.
Lantaran itu, abi menasihati sibapa bahawa itu adalah antara ujian yang Allah turunkan kepadanya. Anak-anak adalah suatu ujian daripada Allah. Seorang bapa haruslah memerhatikan segala tingkahlaku anak-anaknya. Kalau anaknya tersalah langkah maka bapalah yang patut membetulkan segala kesalahannya. Kalau dibiarkan maka akan berpanjanganlah kesalahan itu dan akan mengheretkan bapa tadi ke neraka Allah swt.
Inilah cerita yang ingin abi kongsikan betapa hati seorang bapa yang begitu prihatin dan sayang kepada anaknya. Kalau bapa yang tak sayang kepada anaknya maka tak kisahlah apa yang dibuat oleh anaknya.
1 hour ago
2 comments:
salam ...bukan nak menyepey....nak kongsi ..susah nak kata...zaman yang langit yang terbuka ini susah nak dicakap lagi dah ..benda benda itu semua sudah ada dimana mana..apatah lagi anak itu berada disatu peringkat yang ingin mencuba dan ingin mengetahui dan tercari cari ...so yang mampu dan boleh mengawal mereka ini hayalah kekentalan iman yang menyelimuti merka ini ....
jadi pada pandangan kamek ..bukan tak boleh diberi peluang utk anak anak itu mengexplore benda yang baik itu tetapi dgn kawalan dan bantuan ...so ..so kalau sayangkan mereka luangkan masa utk bersama .....so kalau dilihat internet tu macam pisau laaa..kalau pandai guna dia pasti tak kan luka ..namun kalau salah pegang terhiris tangan dibuatnya ...so ...susah nak jangka dan sangka ....iman sepastinya ngak bisa diwarisi ....bersyak wasangkalah dgn anak2 kekadang ....
so melalui pemerhatian dan kajian yg dibuat ....kalau pelajar itu melayari internet sendiri ..memaang sah san sah mereka akan kesitu ..percayalah ....itu melalui kajian yang kamek telah buat .....
so ..........pandai pandailah nak aturkan mereka di dalam dunia yang sudah hilang sempadan ini ..............hanya nur iman saja yang mampu membatasi dan mendetolkan mereka dari bakteria dunia modern akhir zaman ini ...so ???????sejuta pertanyaan yang susah dijawab !
soryy pjg plak ...dah ringkas tu ...
setuju 101% apa yg kitak kata. dah memang budak dia akan fikir ke situ bila dah meningkat umur...hanya kawalan i.bapa yang penting, lokasi komp, masa melayari, pemantauan perlu diambil kira semuanya.
Post a Comment