Friday, January 29, 2010

Kena panah

Hari ini (Rabu) semasa abi berlegar-legar di ruang pejabat. Untuk isi attendan murid dalam kelas. Tetiba terdengar satu suara yang kuat memanggil ustaz dari bilik pengetua...ustaz !!!!!!!

Terkebil - kebil biji mata abi apabila bos abi menanyakan bila mahu mula latihan memanah bagi pelajar untuk hari HKSBP nanti . Bulan 2 dah nak bertanding, Aduh!!! angol palak kamek isyyyy! memikirikan banyak hal lagi belum setel.. dengan urusan kelas dan keceriaan lagi....yuran kelas belum setel lagi....biodata pelajar dalam kelas ....fail bahasa arabnya belum setel lagi...aduihhhhh...banyak giler bah....so kepada kengkawan dengan ini diisytiharkan abi minta maaf andainya muka abi tak dapat senyum dalam bulan ni :)

last sekali kata abi...insyaAllah puan sekolah kita tak akan terkebelakang dalam memanah ni...

Ustaz!!!saya nak kita dapat emas @ perak ......aduih !!!satu tamparan hebat bagi abi...

Cepat-cepat abi menghabiskan kalam abi dengan ucapan assalamu'alaikum...(takut ditanya lebih banyak lagi)

Tuesday, January 26, 2010

anak bapak

Masih lagi nak cerita pasal Wildan, anak abi yang masuk tahun 1 di SK Agama. Alhamdulillah hati abi rasa senang sikit bila melihat si Wildan dah mula bergaul dengan rakan-rakannya dalam kelas. Ye lah...minggu 1 dan ke 2 tu asyik diam je dalam kelas. tu lah yang merisaukan abi.

Teringat abi ketika mana abi mula-mula masuk tahun 1 di SK Batu Gajah, Tanah Merah. Hari pertama dan kedua sahaja ayah abi menghantar ke sekolah. Pastu hari seterusnya disuruhnya abi naik bas bersama kawan-kawan yang lain. Memang lasaklah orang-orang zaman dulu. Bebudak zaman sekarang ni lain....manja.....

Pernah suatu ketika dalam bas satu insiden berlaku ke atas abi di mana ada seorang budak laki tu menjentik biji cili lalu masuk ke dalam mata abi. Menangis abi tak terkira....masa tu tak ingat sesiapa lagi melainkan mak dan ayah...Tapi nasib baiklah konduktor bas tu baik hati,,,,,dia belanja abi makan mee hon goreng dan air sirap. Alhamdulillah kesakitan berkurangan akibat kenyang ditambah pula bila disogok dengan makanan.

Berbalik kepada cerita Wildan tadi.....setiap kali abi ambilnya dari sekolah, abi akan tanya dia apa nama kawan-kawannya yang dia ingat...Ini adalah satu teknik mengimbas kembali @ flash back (kalau dia guru dia akan tau teknik ni dan macam mana nak guna)...

So itulah ceritanya anak bapak untuk dikongsikan.....

Monday, January 18, 2010

Kemeh

Kemeh adalah dalam bahasa Sarawak yang bermaksud kencing. Semalam adalah hari bersejarah bagi Wildan di alam persekolahan. Akibat daripada kelewatan mengambilnya di sekolah yang sepatutnya tamat pada 130 petang. Dia terpaksa kemeh dalam seluar dalam keadaan selamba. Abi fikir ini mungkin sebab kelewatan abi setengah jam untuk mengambilnya. Abi terpaksa menghadiri satu mesyuarat pertama Pendidikan Sivik dan Kenegaraan dan tamat pada jam 130petang.

Kesian Wildan terpaksa basah kuyup dengan seluarnya selama setengah jam. Maafkan abi. Sebelum dia masuk dalam kereta, abi nampak mukanya lain macam. Macam mahu menangis.

Abi tanya kenapa macam tu...?

Wildan kencing dalam seluar..jawabnya.

Mungkin dia ketakutan sebab dia seorang saja yang tinggal...

Alahai budak tahun satu....tu dah dikira ok sebab tak menyusahkan abi .....

Monday, January 11, 2010

Cabaran 2010

SK Agama tempat Wildan mencari mutiara ilmu

Seawal jam 4 pagi abi dan ummi terpaksa bangun awal setiap pagi. Ummi menyiapkan juadah untuk anak2nya. Manakala abi menge"cek" alatan persekolah bebudak. Check buku tulis dan alatannya. Kalau ada pensil yang tumpul terpaksalah ditajamkan. Kalau ada baju tak bergosok, kenalah gosoknya. Itulah rutin harian. Kalau dulu tahun 2009 takpe bangun dekat nak masuk waktu Subuh tapi sekarang ni, 1 jam sebelum kena bangun dah! Fuh!!! cabaran tahun 2010....

Bila Wildan dah masuk ke tahun satu di SK Agama,,,,,,kehidupan kami dah berubah...ditambah pula dengan pembantu rumah yang sudah balik kampung dan tak datang2 lagi. Hasilnya rumah kami dah jadi macam tongkang pecah....Ya tongkang pecah....kain baju terpaksa dibasuh pada waktu malam dan disidai pada waktu malam hinggalah keesokannya...kain baju banyak yang tak sempat dilipat dan diuruskan. Last sekali kain yg tak dilipat,,,,dicampakkan ummi ke dalam basket. Kalau nak pakai boleh ambil dan silalah gosok sendiri...

Si Furqan pula tak henti2 dok merenget mahu orang dokongnya setiap hari....walaupun dah pandai merangkak tp nak orang juga yang mendokongnya...Hinggakan ummi nak buat kerja pun susah. Kekadang bila abi balik dari kerja, bila tengok muka ummi semacam je, ni mesti bad mood sebab kena dokong Furqan !

Tuesday, January 5, 2010

Mat kopiah

Apa pendapat anda tentang gambar ini ?

Terdapat seorang lelaki berkopiah dan seorang perempuan yang tidak bertudung.

Adakah mungkin mereka adalah suami isteri ....

atau ...

seorang imam @ haji @ ustaz sedang bercinta dengan sang gadis sehingga lupa kopiahnya...

atau ....bla..bla...bla....

sebenarnya gambar ini abi ambil semasa berada di airport Kota Kinabalu. Dia adalah suami kepada perempuan tersebut.

Fikir-fikirkan .....suami berkopiah dan isteri tidak bertudung.

Adakah kita seperti mereka ?

Adakah pemimpin-pemimpin kita seperti ini ?

Adakah pak haji begini ?

Adakah ustaz begini ?
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.